Saturday, February 4, 2017

COMEBACK by KAK D

Assalamualaikum bloggers semua salam menjemput rezeki ! :*

Wah2 title kemain lagi cakap COMEBACK kan (hik2) hopefully boleh la comply selalu kan.. :P Before Huda bebel panjang, meh Huda kenalkan sket diri Huda since menjadi mom to one girl and SOON BECOME MOM TO 2 KIDS! Haha subur tak aku? umur baru 25 dah ada 2 anak kot! Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi tu kan...

Ok jom baca sket pengenalan dari Huda ye, sekarang ni Huda banyak spend time dengan business sendiri. Ye la, lepas delivered kan Dharnia haritu berkulat jugak duduk rumah, so buat lah sedikit business boleh la bantu husband kan takdelah cakap aku ni kikis duit suami je kan -__-
First business yang Huda buat dengan MODAL RM25 je yes, DROPSHIP program. Time 2014 tu kan tengah naik pakai dress-dress, palazzo, skirts dan time tu nak raya pulak, Alhamdulillah daripada RM25 tu Huda boleh kembangkan jadi RM1000. Lepastu tah macam mana dapat ilham pulak nak buat ACCESSORIES. So time tu fikir mana nak cari supplier buat beli barangan accessories ni, at last terfikir better tanya2 dengan akak-akak yang jual baju ni.. tanya punya tanya adalah sorang je yang bagitau mana nak beli. (Alhamdulillah rezeki)

Start daripada situ Huda buat accessories sendiri dan kenalkan kat platform yang Huda gunakan dulu sebagai DROPSHIP tu dan Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik dan dalam 1 bulan macam tu Huda tengok trend orang buka butik dan panggil orang lain untuk jual barang sekali kat butik dorang, (they call it VENDOR) So Huda pun signup lah jadi VENDOR kat Butik kat SRI HARTAMAS, time ni Huda jual PANDORA INSPIRED DAN PIN HIJAB. Sewa bulanan pulak kena bayar RM150 untuk dua product ni so fikir2 dengan modal dan harga barang worth it jugak la untuk join VENDOR kat butik tu. Dalam 1 bulan tu baru owner tu buat GRAND LAUNCHING utk butik dia. Time ni memang masyuk jugak lah SALE dalam sehari tu adalah dapat dalam RM600 mcm tu kot lepas tolak modal dan sewa.

Lepas tu dah excited kot dapat duit sendiri, so join lah buka booth. Time tu excited giler la kan dapat jugak menjual secara langsung. Time ni pulak jual PANDORA INSPIRED, PIN HIJAB & PIN CUSHION. Kemain seronok time ni, letak je Pin Hijab kat atas meja dah ada 5 orang customers tengah pilih2 pin Hijab tu, time tu dah rasa overwhelmed gila! excited lah 5 orang que nak beli ko punya barang :P Tapi, panas tu tak delah sampai ke petang kan.. dah sampai lunch time tu orang dah takde pun jalan-jalan kat tempat tu, yang adapun hanyalah vendor yang menjual kat event tu jugak     -__- Dah lah panas gila, rindu pulak kat baby so, hm give up, balik rumah terus -__- (haha!)

Kalau orang nak memang minat niaga ni kan, takde lah dia fikir takut duit melebur. So join lagi satu event yang besar, buat kat PWTC organiser MOOD REPUBLIK. Sewa pulak RM3500 ++ (ni 2 tahun sudah punya harga). Time tu fikir ini kalau tak dapat cover harga sewa ni menangis tak berlagu mek, so terfikir lah nak share dengan orang takdelah heavy sangat nak bayar. So share la dgn sorang akak ni nama dia kak Hani. Dia jual baju2, aku pulak jual accessories hah cantik lah tu. Hari nak setup tu, VENDOR semua setup dengan dia punya railling la, dia punya trolley.

Boleh katakan bila aku nampak vendor-vendor ni, aku jadi kecut perut! haha! ye la, orang semua tolak guna trolley dan guna bag ikea, container besar2 lepastu ada pekerja sendiri yang buat semua tu, manakala aku ni hah dengan adik beradik aku je, (I LOVE YOU MY ADIK2!) dengan tak tidur 2 malam dan esoknye tu aku ada PAPER untuk Course Biomedical tu lah, -__- . Time ni kitaorang angkut barang2 cuma gunakan plastic Mr DIY, plastic TOYrUS tu hah.. lepas tu bawak meja IKEA RM29 tu kat dalam plastik besar je last2 terkoyak dan jatuh time kat ESCALATOR PWTC tu, semua orang pandang! ada yang pandang dengan pandangan yang sinis, faham.. haha naive betul rasa time tu, menangis-nangis gelak tgh tulis ni ... :D Sape yang pernah berkunjung kat sana tu, klu korang ingat lagi booth yang ada letak dahan pokok tu, hah! AKU LAH TU!

Event ni start 10am - 12pm rasanya.. first day event adik aku no 2 (Hanif) & wife (Cyikin) dan sorang adik perempuan (E'en) aku yang tolong jaga kan booth. Aku gerak belakang nak bawak baby. Dalam pukul 10.30am E'en ni dah menggelabah call suruh datang cepat katanya dah tak menang tangan handle customers. Imagine 10.30am dah tak menang tangan! Aku yang dengar mcm tu kelam kabut siap terus! Alhamdulillah SALE masyuk gila dapat lah dalam RM6000 mcm tu. First day ni lagi stock pin Hijab aku dah susut, berlari pegi tambah stock lagi! Waa nampak tak penangan MOOD REPUBLIK mcm mana? Tambah pulak time ni aku dan adik2 jerit LELONG LELONG PANDORA INSPIRED RM40! NAHH, BERPUSU2 ORANG DATANG NAK PILIH CHARMS! Alhamdulillah dan thanks a lot kat MOOD REPUBLIK! Wah, bapak panjang lebar kan pengenalan/COMEBACK dari aku! apa tak nye, AYAT TERBUKU DLM HATI SELAMA 1 TAHUN LEBIH!

Sejak berniaga ni, macam2 gelaran yang orang panggil aku tau, Kak Da la, Kak Yang la, Kak D la, at last Huda pun fikir bagus jugak aku letak nama Kak D, atleast senang nk communicate with my customers :) (tu salah satu tips communication dgn customer tu) So kat blog ni panggil Huda as Kak D je lah ;) Atas nama brand Dania Façon® korang boleh search kat Instagram, Facebook.
Handmade accessories yang kak D maksudkan korang cakap je nak design macam mana inshaAllah kalau kak D boleh buatkan kak D usahakan sebaiknye. Tapi kalau tak boleh aku bagi kat hang PANDORA ja :P Antara product accessories kak D adalah seperti, PIN HIJAB, GELANG TANGAN MANIK, GELANG TANGAN NAK MELARAM, RANTAI MELARAM, FLOWER CROWN untuk BRIDESMAID korg pun ada. So kalau korang memerlukan apa-apa accessories untuk lengkapkan gaya harian uols tu, boleh la click kat INSTAGRAM Dania Façon® business kak D :)

Alhamdulillah dengan rezeki business selama 1 tahun 1/2 ni Allah luaskan lagi rezeki dengan memiliki butik dekat Seksyen 7, Shah Alam. Butik Huda ni dekat dengan top brands kat Malaysia ni jugak.. ala segala geng MINAZ, Calaqisya, Zawara semua tu.. Kat situlah Kak D bertapak untuk kembangkan lagi business  ni. For now ni butik terpaksa ditutup sementara, sebab tengah busy handle online business. kalau nak datang ke butik boleh je tapi based on appointment sahaja. Kira korang Whatsapp kak D je kata nak datang. Online customer ni jangan pandang rendah, walaupun for now butik tu tak buka, tapi disebabkan power buying of online customer ni, mampu jugak lah buat bayar sewa butik. Sekarang ni tengah fikir sama ada nak go on dengan butik tu ke tak.. hm.. nanti lah sambung cerita lagi naa..

Thanks korang semua sudi baca pengenalan semula daripada kak D a.k.a Huda (still same person lah)

Jumpa lagi next entry. :*

Regards,
Kak D a.k.a Huda
CEO of Dania Façon®
+60192802438

Nah antara my journey ni...



























Thursday, October 30, 2014

5 Pilihan Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum..

Pantang rasa free sikit, terus nak menghadap laptop. Rasanya bukan Huda sorang je, semua orang pun sama kan? :D

Huda biasalah, dah menghadap Google Chrome ni, sure lah kat tab tu ada link Blog Huda, tergeraklah hati nak tgk Stats Blog tengok2 je traffic sources comes from blog Ben Ashaari, macam berdebar-debar pulak, so buat don't know jek.. tapi instinct suruh click link traffic sources tu, bila check je...

Walawei!
Blog Huda terpilih lah untuk jadi blog pilihan En. Ben Ashaari ni! Haha, thanks En. Ben for choosing my blog yang tak seberapa ini. Rasanya macam terasa dengan last paragraph tu, macam blog Huda je tu :) Thanks for that comment, akan diperbaiki :) Thanks again! :)

Okay tu je, Bye. Wasalam.
P/s: Jangan lupa tlg Huda untuk fill form Survey tu okay :)

Apa Kaitan Gula dengan Pelajar?

Assalamualaikum...

Korang dah lunch ke? mesti sedap korang punya lunch kan? Takyah bagitau, Huda punya lunch lagi sedap.. :P Lepas lunch ni, Huda nak buat satu survey berkenaan dengan pengambilan gula dalam kehidupan seharian korang.. Survey form ni lebih kepada pelajar ye.. :)

Sebab Huda nak buat survey apa kaitan gula dengan student. So, help me out please.
Link Huda dah sediakan kat bawah ni, don't worry tak ambik masa yang lama pun.. just about 2-4 minutes :) Thanks awak semua!

Monday, October 27, 2014

Caffeine and Dizzeness

Assalamualaikum..



Caffeine? Benda apa tu?
Caffeine is a type of chemical that contained inside the coffee, tea, cola, mate, guarana. The usage is usually used to improve alertness level of someone's mind.

Macam mana caffeine ni memberi kesan kepada badan kita? Basically, Caffeine will stimulating the Central Nervous System (CNS), muscles, heart. So, how caffeine can makes you feel dizzy?

By increasing our blood pressure. Bila kita consump caffeine, caffeine akan bertindak untuk menyempitkan salur darah kita. Bila salur darah sempit, jantung akan bekerja keras untuk menyalurkan darah ke seluruh badan.

Imagine macam pipe dengan air, buka paip and attached hos.. Bila kita tahan air yang mengalir dalam paip, once kita released confirm air banyak keluar kan? Lebih kurang begitulah! (pening sendiri nak explain). Semakin sempit salur darah kita, semakin sedikit darah yang sampai ke otak kita. Semakin sedikit darah sampai ke otak kita, semakin sedikit jugaklah amount of oxygen to be transfer to the brain. Sebab tu lah boleh pening! So be careful when consuming beverages yang ada caffeine ni ye :)

Sunday, October 26, 2014

RM12.90 for 3?

Assalamualaikum semua..

How's your dinner? Huda just cooked Ikan Merah Sweet & Sour, Brocolli & prawns, Honey Squid.. Alhamdulillah kenyang.. 😊 Gambar? Tak sempat snap dah makan habis dah.. hehe.. Rajin nak masak harini sebab baru je lepas beli groceries dari NSK..

Talking about NSK, sure ramai yang tahu sangat2 berbaloi shopping groceries kat NSK kan? Of course it is! Imagine beli Nestle Bliss RM12.90 for THREE bottles tau! Haha puas hati beli tadi, ye la berbaloi untuk harga, untuk kesihatan..

Lepas tu Huda nak try brand baru Cheese Sausage RM2.89/pc & Chicken Luncheon RM2.90/pc from AYAMMADU, dengan harga yang sangat2 berbaloi2.. iaitu Lepas Huda test, nanti Huda bagi testimoni ye.. 😊 (sausage & chicken slice pun ada testimonial 😂😂)

So tunggu apa lagi? Jangan lupa dapatkan NESTLE BLISS & brand AYAMMAHU di mana2 cawangan NSK 😊

Kenapa ramai sangat?

Assalamualaikum semua..

Happiness overwhelmed! Ceritanya macam ni, Huda and family pergi ke KLCC semalam for dinner, ye la aura birthday my hubsy tu ada lagi tu yang nak dinner kat luar lagi..

Sampai je KLCC, pusing-pusing lah dulu sampai rasa puas hati.. Lepas tu nampak Charles & Keith ni and 'fyi' Huda kalau nampak Charles & Keith naik sawan di buatnye! Pelik jugak, kenapa ramai sangt kat dalam Charles & Keith ni?

SALE SALE SALE SALE SALE SALE SALE SALE SALE
everywhere terpampang word SALE! 60% 50% 40% 30% 20% 10% Sale dari kasut, handbag, glasses, purse! Serbu Charles & Keith now!

Perempuan dengan SALE jangan dipisahkan Hokay! Apalagi, rambang la mata Huda nak pilih kasut.. (padahal kasut kat rumah belambak dah boleh bukak butik kasut dah) FINALLY jumpa pun kasut yang diidamkan combination of two colours! Orange and Emarald Green.. HAPPY!!

Tuesday, October 21, 2014

Pin Hijab Murah Giler!

Assalamualaikum readers semua :)

Kali ni saya nak update blog ni dengan hobi saya :) Business! Saya tengah menjalankan business online dengan menjual Pin Hijab, Pandora Inspired, Baju, Dresses, Skirt. So, kali ni Huda nak update pasal stok baru ye! Nak buat CLEARANCE SALE ni! Harga? Don't worry semua harga kasih sayang and mampu milik sahaja :)



All Pin Hijab RM4/pc
Postage: RM6 SM; RM9 SS
Can mix

To order:
- Screenshot
- Quantity
- Name
- Address
- Phone No.

**We only deal with serious customer, please don't spam our whatsapp.** Thanks! :)
























Lepas ni, Huda upload stock untuk Pandora pulak ye!
Follow Instagram: daniafacon

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...