Sunday, December 19, 2010

Seseorang Yang Sangat Aku Kagumi


Aku pernah, dan tidak malu menceritakan kepada student ku, yang aku berasal dari keluarga yang miskin. Aku tidak pernah malu menceritakan kepada student aku, yang ayah ku terpaksa berhutang dengan orang-orang kaya demi menyekolahkan kami adik beradik. Aku juga tidak pernah malu menceritakan kepada student aku, yang aku ada 2 orang kakak, 2 orang abang dan seorang adik, dan kakak ku yang sulung tidak pernah bersekolah kerana kemiskinan keluarga ku.

Aku menceritakan, sejak usia ku tujuh tahun, aku bersama dua orang abang ku. Sebaik selesai solat Subuh, kami akan menjinjing dua bakul seorang di kiri dan kanan tangan. Sebuah bakul penuh berisi bungkusan nasi lemak. Sebuah bakul lagi berisi kuih-muih. Kami akan menjaja ke seluruh kampong. Setelah habis terjual, kami pulang ke rumah dan bersedia untuk ke sekolah di waktu petang.
Di rumah ku, ada dua jenis beras. Satu beras patah/beras hancur yang murah harganya. Satu lagi beras biasa yang bermutu. Beras patah/hancur adalah untuk makanan kami sekeluarga. Beras biasa adalah untuk dijadikan nasi lemak buat jualan ke seluruh kampong. Kadang-kala, bila teringin nak rasa kemanisan dan kelemakan beras biasa, kami adik beradik berpakat menyembunyikan sebungkus nasi lemak. Sebungkus nasi lemak itulah kami makan bertiga beradik. Begitulah hidup kami sewaktu kecil.

Sewaktu bersekolah, sejak darjah satu hinggalah ke tingkatan tiga, aku tak pernah beruniform lengkap ke sekolah. Sebab keluarga ku di luar kemampuan untuk menyediakan uniform tersebut. Aku tak pernah malu bercerita kepada student ku, aku berjalan kaki sejauh 3 batu pergi, 3 batu balik semata-mata untuk menimba ilmu ke sekolah. Kaki ku hanya berlapikkan selipar jepun. Kadang-kadang terpaksa berkaki ayam kerana selipar yang ku pakai putus dipertengahan jalan.

Aku juga tidak pernah malu untuk menceritakan kepada student ku, pernah sekali sewaktu berjalan kaki balik dari sekolah pada tahun 1982, aku melalui tempat pembuangan sampah. Aku terjumpa sepasang kasut yang dibuang. Kasut tersebut lalu ku kutip. Aku dapati kasut tersebut koyak dibahagian depannya. Dengan rasa gembira, kasut koyak tersebut ku bawa pulang ke rumah. Selesai solat Maghrib, aku ke belakang rumah mencari saki-baki tali jala milik ayah ku. Dengan tali jala itulah aku menjahit bahagian depan kasut yang koyak. Keesokannya, aku ke sekolah memakai kasut “baru”. Di sekolah dengan bangga, aku menayangkan kasut yang ku kutip dari tempat pembuangan sampah kepada rakan-rakan sekolah ku. Tiga atau empat hari sekali, jahitan tali jala tersebut putus, dan aku akan menjahitnya semula. Sehinggalah aku menjumpai sebatang raket badminton yang patah di tempat pembuangan yang sama. Tali raket badminton itulah yang aku gunakan untuk menjahit kasut tersebut menggantikan tali jala. Dan hasilnya, jahitan kasut tersebut bertahan lebih lama.

Selepas peperiksaan SRP, aku mendapat tawaran masuk ke tingkatan empat di sebuah sekolah berasrama penuh. Barulah aku mempunyai uniform sekolah yang lengkap. Itu pun ayah ku terpaksa berhutang dengan orang untuk menyediakan kelengkapan sekolah ku.
Selepas SPM, aku menjalani kursus Matrikulasi di sebuah IPTA di utara semenanjung. Tempat yang paling jauh dari rumah yang aku pernah pergi. Kursus matrikulasi berjalan selama dua tahun. Aku masih ingat. Ibu dan bapa ku, menghantar aku ke MRSM Kulim menaiki bas Transnasional. Bertolak jam 8.00pm dan sampai ke Butterworth di waktu subuh keesokan harinya. Dari stesen bas Butterworth, kami menaiki bas henti-henti ke Kulim. Sepanjang proses pendaftaran, ayah dan mak aku tak henti-henti berpesan :
“Jaga diri baik-baik kat tempat orang.”
“Jangan gaduh-gaduh bertumbuk.”
“Belajar rajin-rajin, jangan ponteng kelas.”
Dan pesanan yang paling menyentuh hati ……….
“Kita orang miskin. Abah tak pasti boleh hantar duit untuk engkau kalau nak balik waktu cuti. Kalau abah tak dapat hantar duit, kau duduk saja asrama ya. Ulangkaji pelajaran.”
Tak dapat aku bayangkan, tatkala aku menghantar ibu dan ayah ku keluar dari pintu pagar MRSM Kulim selepas pendaftaran ku sempurna. Mereka berjalan kaki dari pintu pagar MRSM Kulim ke stesen bas yang jaraknya lebh kurang sebatu. Sayu sangat. Aku masih ingat kata-kata ayah ku sebelum dia meninggalkan aku di MRSM Kulim :
“Abah nak engkau belajar bersungguh-sungguh. Carilah ilmu banyak-banyak. Walau kita miskin harta, tapi jangan sampai kita miskin ilmu. Orang yang berilmu tak akan jadi anak tiri kepada masyarakat.“
******************************

Nantikan sambungan cerita Sir Suhami .. :)


Friday, December 10, 2010

Senyum

Assalamualaikum w.b.t ...

salam jumaat to all :)
waaaaa!!
its Friday daa .. rindulah pulak nak masuk class ni kui3x ..
lagi best kalau masuk class compare ngan dok umah, xde pe nak buat, xdapat dgr lecturer dok bebel, x dpat, xdapat, x dapat .. semua r! :P
alhamdulillah .. test tadi dapat jawab dgn cemerlang, walaupun ada soalan yg x di expect akan keluar tapi, nasib baik sempat jugak baca topik tu .. hu2x ..
esok sabtu nak ke mana ek??
alahaiii .. boring3x! dush3x!!
ria said, nk ajak me g Twisties,
got live band (Pesawat, her boyfriend band)
nak pegi x? hehe
ada faizal tahir,
Bunkface, Mizz Nina, Wings, n mcm2 lagi ..
jom kita meriahkan esok di Stadium MBPJ Kelana Jaya 8pm gituhh! :)
more info, buka www.facebook.com/pesawatmusic

mamiiiiiii!!!
i miss u so muchhhh
uuuwaaa!!!
nak tindro la lu ..
penat dehhh
wasalam ..

everything Clearrr ..

Assalamualaikum w.b.t ..

alhamdulillah ..
berjaya juga meng - key in semua structure-structure drugs dalam kepala ni, esok punya test senang la .. insyaAllah ..
same to microBiology, all microbes name classified by their type of Gram Negative n Gram Positive berjaya jugak dihafal .. ku bersyukur ya Allah,
Mudahan saja ingatan ini akan berkekalan sampai bila2..
!!waaaaa!!
mata da bengkak daa ..
mau tidur dulu (bukan "Jangan Tidur Lagi")
sekarang masa untuk budak study tidur ..
pray the best for me tomorrow
insyaAllah ..

... Wasalam ..

Thursday, December 9, 2010


Assalamualaikum w.b.t ..

Agak lama rasanya tidak meng-update blog Huda ni .. huhu .. sekarang da masuk d second week Huda start sem .. minggu first je da ada macam2 tutorial ni esok ada tutorial lagi adededede, tapi xpe, best jugak kalau banyak tutorial? jadi rajin nak study hehehe .. moreover, sekarang ni banyak benda boleh belajar dengan mudah, ngee .. so, agak selesalah jugak untuk belajar kat sem ni. InsyaAllah i'll do better and make a lot of differences from now on, insyaAllah .. pray for me tau!

Adedede, tadi intention buka web ni, nak cari information for assgmnt yg d beri since monday, kerana terlalu malasnye, (malas sgt ke?) hari ni baru tergeheh-geheh (terhegeh-hegeh) nak cari all information about Microbiology .. (Microbiology is study of microbes; where logy=study, micro=microbes) terpesong jugak my intention toink3x!!! k lah, wanna focus (yeahh!! focus3x!!)

.. Wasalam ..

Sunday, December 5, 2010

Wednesday, November 17, 2010

Thank You Allah


~ ` ~ Assalamualaikum w.b.t ~`~

Subhanallah .. ya Allah .. betapa aku mensyukuri nikmatMu hari ini! Dan biarkanlah aku senantiasa mensyukuri nikmatMu ini pada hari-hari yang berikutnya. insyaAllah .. Its ok la walaupun x dapat beraya bersama keluarga kandung, menumpang beraya kat rumah orang pun jadilah .. aku bersyukur ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk mengenali mereka dalam hidupku ini.. syukran jazillan ya Allah! Huda mmg suka sgt main dgn Adam, nakal, comel, hishhh .. x tau la nk ckp apa lagi, dia ni mmg comel sgt! Buatkan Huda teringat je dgn adik Huda Ekin .. sob3x! L umur dorang pun hampir kurang sama je, bole la ni .. hahaha .. t I show u guys gambar Adam ni, wait until d end of this post. J

Hari ni merayau kat *******, esok pulak nk serang uma Cik *** dok merayau sje kan kje Huda? Nampak sangat la I ni got nothing to do .. huhu .. I got nothing to do la, I dok merayau ni, dari I membuta siang hari better g jln2 .. hah! Huda tgh nk cuba untuk get back Huda nye weight like before, that is 45kg, nk sgt berat ni .. soon! (how many soon it is?) hahaha .. around 2 weeks kot ..

Tak lama lagi akan ada la post mengenai study ? ni .. dush3x!! da cuti ni, entah igt lg ke x .. toinkkk3x!! insyaAllah.. akan ingat, x sabar jugak nk study semula rindu kat leteran lecturer ..

Airrhhhh… baru kul ¿ ++ tapi mata da nk tutup ngantok gler .. yuhuuu … wanna sleep lu la .. zzzZZZ ]


Salam Aidiladha


.. Assalamualaikum w.b.t ..

Wawa ~ ! its been so long that i haven't post here .. J
da mcm lirik lagu Akon daa ..
Salam Aidiladha buat semua muslim n muslimin, jgn lupa saat kita bergembira ada yang berduka, "xde semangat nk sambut raya", tu yg Huda dgr dari luahan hati mangsa banjir Ü.. moga Allah bersama mereka .. raya ni Huda just dok merayau kat rumah kenalan Huda kat KL ni, if nk Huda visit ur house roger2 Æ me tau .. xde chance kali ni balik Sabah .. L
Agak da bpe lama Huda x post apa2 ek? retired for a while.. I have to fix, to set up my new life, so that kepala xde la serabut nk post apa .. hehe .. apa yang manis jadikan kenangan, apa yang pahit persis pedoman bukan .. ? if both tarakk (xde) ? sendiri mo tau larr ..
One more thing i wanna share here, why kan, lately ni Huda payah sangat nk tido mlm? i've try so many times, same je .. hm .. maybe da terbiasa dok berchat _ n dok ber-On Air kan .. hm3x .. lets find d answer together Lif u guys da dpt jwpn, PM(private message) me tau .. J k la, wanna take choOww lu .. esok kne bgun pagi .. baju raya x iron lg ni .. dush3x!!

Friday, November 5, 2010

Pesan Seorang Teman

Duhai sahabatku,

Jika kau mahu megah berdiri di puncak gunung,

Tidak mustahil!

Andai kau berusaha…

Duhai sabahabatku,

Tidak mustahil untuk

Kau mengenggam gumpalan awan,

Andai kau kuat seperti dulu,

Duhai sahabatku,

Tidak mustahil kau terbang di angkasa sana

Berarak bersama angin,

Andai kau berusaha dan berdoa…

Berusahalah kita bersama,

Berdoalah bersama,

Untuk mencapai gemilang yang pasti…

Thursday, November 4, 2010

Kata-kata menguji ku sudahi dengan pasti

Tanpa dendam dihati

Amarah dan kecewa hanya sementara

Dan akan berlalu bersama arus masa

Ku rantaikan memori

Dengan rantai kenangan

Ku rantaikan kuat kecekalan diri

Dengan kata-kata semalam

Hari ini ku beranikan diri

Hadapi dunia ini dengan penuh keyakinan,

Apa yang buruk persis pedoman

Apa yang manis jadikanlah kenangan terindah...

Wednesday, October 27, 2010

Redha dengan apa yang terjadi ..
Terima dengan hati yang terbuka,
Tanpa ada tersirat dendam, dihati, InsyaAllah,
Segalanya pasti akan bisa kita jalani dengan mudah ..
Dialah Yang Maha Mengasihi,
Lagi Maha Mengetahui ..
Setiap yang terjadi pasti ada saja hikmahnya
Sama ada kita menyedarinya ataupun tidak,
Dan setiap dugaan, Allah itu Maha Mengetahui,
Dia tidak akan memberikan ujian tanpa mengetahui
kemampuan hambaNya untuk menjalani ujian yang di berikan ..
Tawakal kepadaNya .. insyaAllah ..
Dia masih dalam ingatanmu,
InsyaAllah, Allah pasti bersamaMu ..
You're not alone ..

Saturday, October 2, 2010

Precious Moments



Abah ni payah sangat nk amek gambar time senyum,
Huda suruh Mami cubit sikit, baru Abah reti nk senyum,
so berkesempatan la jugak untuk snap gambar senyum Abah ni .. J
miss both of them very damn much ..


insyaAllah Huda nk balik Sabah dalam next week ..
nak recover segala-galanya..
apa yang kurang akan Huda tambahkan
apa yang salah, akan Huda perbetulkan semula,
.. insyaAllah ..


Baju merah tu, adik Huda yang ke-4 Azlin,
yang kat tengah tu, adik bongsu Huda Ekin,
yang baju purple tu, empunya blog ni laaa
2 adik perempuan yang jelita sama seperti kakaknya J
ceit! perasan je lebih, hehehe ..
walaupun balik raya ke-2, xpe yang penting dapat berjumpa
dengan family, sudah memadai bagi Huda,
at least rindu yang selama ni terpendam
dah pun diluahkan J
gambar 3 adik Lelaki Huda jangan tanya lerr ..
they malu sangat dengan camera ni ..
xpe la, dapat kenal ngan parents,
ngn adik perempuan Huda pun da cukup kan ..
Sabah nantikan kepulangan Huda Q
tu je la Huda nk ? untuk hari ni
da ngantok da .. Á
-- Wasalam --

Rindukan Mak

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Friday, October 1, 2010

KepadaMu Ya Allah ..

InsyaAllah .. aku akan temui jalan kembali,
InsyaAllah, aku akan bangkit kembali setelah apa yg pernah terjadi selama ini,
InsyaAllah, pasti saja aku akan sihat dengan izinNya,
InsyaAllah, pasti saja akan ada balasan untuk orang yg menyihir aku,
Yg mempergunakan jalan singkat,
Yg menggunakan akal fikiran syaitan untuk mendapatkan,
Untuk mencapai apa yang mereka nak ..
Selagi padaNya aku bergantung,
InsyaAllah aku akan bahagia, aku akan tenang disampingNya..
InsyaAllah, akan aku kejar kembali segala impianku!
Ya Allah, berikan aku rahmatMu,
Ya Allah, izinkanlah Nur HudaMu sentiasa menerangi,
menyuluhi perjalanan ku di dunia ini ..
Engkau sentiasa bersamaKu ..
Terima Kasih Ya Allah ..

Monday, September 27, 2010

It's All About Ekin

ww Assalamualaikum ww

Lihat saja pada raut wajahnya, hati kini makin merindui dirinya. Cuba disuruh dirinya untuk menyebut namanya sendiri, pasti sukar untuk dia menyebutkan namanya, hehehe... Jtak pe la, dia da pun memperkenalkan dirinya pada gadget sebelah kanan. Bila ku suruh dia sebutkan nama Ekin, jawabnye, "aku ..." comel saja gelagatnya! begitu aku merindui dia

Ekin ni pantang nampak camera, tau saja dia 'posing' usah disuruh, memang dia akan lakukannya sendiri. Posing yang pelbagai pulak tuh! Gaya sempoi, gedik, cool, semua boleh, eeee! makin aku ceritakan makin rindu pulak kat dia.

Tanya je dia, semua pasti ada jawapannya. Pernah sekali aku tengah bengang, and then dia cakap kat aku "kak, udahlah tu, t pat tua .." x jadi nk marah2 .. J

alamak, da kul 2:03pm da? cepatnye .. jom mamam lu lapar ni J

ww Wasalam ww

Friday, September 17, 2010

Assalamualaikum...

Betapa indahnya matahari menyinari bumi Tuhan,

Betapa sejuknya hati menerima belaian sang angin,

Menghapuskan segala kekusutan di kota,

Inilah ketenangan ku impikan,

Jauh dari segala kesesakan kota,

Jauh dari segala komplikasi dalam diri...

Bukannya aku hendak mengelak dari segala masalah,

Tapi, kepala sudah benar-benar beserabut,

dan aku,

tidak sanggup untuk membiarkan diri parah karenanya...

Hari yang aku lalui sepanjang berada di kampung halamanku ini

sungguh indah, nyaman!

Hinggakan sukar bagiku untuk menggambarkan betapa bahagianya perasaan ini

Akan tetapi,

Hari ini jugak esok, merupakan hari terakhir aku berada di sini...

Ku beranikan hati untuk menghadapi ujiaNya apabila berada di sana...

Raya tahun ini, amat bermakna buat diriku juga keluargaku...

Malangnya, pada raya pertama,

Tidak dapat aku menemani mereka di sini

hanya raya kedua bisa saja aku berada di sisi keluarga tercinta...

Ah, mungkin ini saja perkongsianku pada kali ini...

Wasalam...

Tuesday, June 8, 2010

! Ni baRu pEkErja yG innOvatiVe !

Zali pegi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!". Tapi apa-apapun dia kena interview juga si Zali ni. Jadi dia pun tanyalah Zali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataan nya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!". Jadi Zali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN, GREEN... GREEN... , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW... BLUE's that? WHITE did you say? Aiya... ! wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."
Lepas tu pengurus tu terus koma!!

Monday, June 7, 2010

.. salam ..

sad?
how cOuld i leT ma self
tO be here?
why i leT ma feeLinG
tO feeL this?
and nOw
i'm trappeD On iT

.. sOmetime ..

i can't geT
what's crOss On my minD

am i selFish?
¿ dó i ¿
it's my decisión
i must respónsible ma seLf ón it!
yes! i will!






Sunday, May 16, 2010

SURAT DAN SMS BERANTAI HARAM!!

SURAT DAN SMS BERANTAI ADALAH HARAM!!

SEBARKAN........

Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:

Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."

Wassalam

sumber : http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/umum/suratberantai.htm

WASIAT PALSU SYEKH AHMAD

Dr. Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN:

Pada suatu saat secara kebetulan saya menerima sepucuk surat
dan setelah saya baca, saya merasa bingung mengenai isinya.
Karena itu, saya mohon kesediaan Ustaz untuk menjelaskan
isi surat tersebut, apakah benar atau tidak.

Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa'il khair
(pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syekh Ahmad,
juru kunci makam (kubur) Rasulullah saw., yang ditujukan
kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat.
Juga berisi macam-macam nasihat.

Pada bagian akhir surat tersebut dikatakan, "Di Bombay
terdapat seseorang yang memperbanyak surat tersebut dan
membagi-bagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah
memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah;
ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki
dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula
orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya
meninggal dunia pada hari itu."

Dalam surat tersebut dikatakan bahwa orang yang telah
memperoleh dan membaca wasiat itu tetapi tidak
menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah
besar.

Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebut?
Apakah benar atau tidak?


JAWABAN:

Memang ramai orang yang bertanya tentang wasiat tersebut. Dan
sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru
ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu.
Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang
terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam
Rasulullah saw.

Untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan dalam
surat tersebut, saya pernah menanyakan kepada
orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi
mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu beserta
aktivitasnya. Dari informasi yang didapat, ternyata tidak
ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar
berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat
yang menyedihkan itu telah tersebar luas di negara-negara umat
Islam.

Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan
nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi
wasiat yang diasaskan pada pendapat Syeikh Ahmad yang katanya
bermimpi bertemu Nabi saw. itu ialah tentang telah dekatnya
hari kiamat.

Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu
mengikuti pendapat Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, karena Al
Qur'an telah mengatakan dengan jelas:

"... boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat
waktunya." (Al Ahzab: 63)

Begitu pula Nabi saw. telah bersabda:

"Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan)
seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil
memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari
tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan
Sahl bin Sa'ad)

Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita
sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang
telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya
tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, karena kita
sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah
memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:

"... Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu
agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu,
dan telah Kuridhai Islam menjadi agamamu ..." (Al
Maa'idah: 3)

Orang yang beranggapan bahwa Din Islam yang telah
disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang
diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, berarti dia
meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam
telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat
apa pun.

Isi wasiat tersebut jelas
memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut.
Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakuti orang
yang tidak mau menyebarluaskannya bahwa ia akan mendapat
musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan
habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia
pun (yang normal pikirannya), terhadap kitab Allah dan
Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahwa orang yang
membaca Al Qur'an harus menulisnya setelah itu kemudian
menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan
terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahwa orang
yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan
menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak,
akan tertimpa musibah.

Kalau Al Qur'an dan Sunnah Rasul saja tidak begitu, maka
bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini
merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal
orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.

Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan di
negeri ini dan ini karena telah menyebarluaskan wasiat
tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh ribu ringgit. Semua
itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam
dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta
peraturan Allah terhadap alam semesta.

Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan
aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat
seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk
menyesatkan dan meyelewengkan akal pikiran umat Islam.

Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak
membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar
tidak mempunyai anggapan bahwa orang yang menyebarluaskan
wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw.
sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat yang batil
itu.

Sesungguhnya syafaat Nabi saw. juga diperuntukkan bagi
umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah
disebutkan dalam hadits-hadits sahih (dan tidak perlu
bersumberkan pada wasiat melalui mimpi; pent.) bahwa
Rasulullah bersabda:

"Orang yang paling berbahagia akan memperoleh
syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah
mengikrarkan laa ilaaha illallah dengan perasaan
ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)

Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Ia berkenan
menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga
memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang
lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai
berbagai khurafat, khayalan, dan kebatilan.

-----------------------
Fatwa-fatwa Kontemporer
Dr. Yusuf Qardhawi
Gema Insani Press
Jln. Kalibata Utara II No. 84 Jakarta 12740
Telp. (021) 7984391-7984392-7988593
Fax. (021) 7984388
ISBN 979-561-276-X


SEBARKAN......

Friday, May 14, 2010

ALAM MAHSYAR

Alam Mahsyar

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض‎ ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

15. 'Arasy ( عرش‎ ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي‎ ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:

- Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

- http://awie14.blogspot.com/search?updated-min=2010-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&updated-max=2011-01-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00&max-results=21

Thursday, May 13, 2010

BeRkOnGsi paDa kaLiaN

Khutbah Rasulullah s.a.w Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Bahiliy, beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah berkhutbah di hadapan kami, dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi ini yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah Nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil dating pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin, sekiranya dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT menjaga orang-orang mukmin.

Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu mengenai ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kami yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu? “Orang Arab itu berkata: “Tentu”. Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Allah itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yangkebetulannya orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Bererti orang itu lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuklah ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “Di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudia dia lalu di satu tempat mengajak mereka beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh Malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotoronnya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa kamu menangis?” saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w berkata: seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan tidak cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari yang terasa satu minggu, kemudia hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” katanya sambil ditahannya matahari itu sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hannya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A’lam. . .

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...