Saturday, February 4, 2017

COMEBACK by KAK D

Assalamualaikum bloggers semua salam menjemput rezeki ! :*

Wah2 title kemain lagi cakap COMEBACK kan (hik2) hopefully boleh la comply selalu kan.. :P Before Huda bebel panjang, meh Huda kenalkan sket diri Huda since menjadi mom to one girl and SOON BECOME MOM TO 2 KIDS! Haha subur tak aku? umur baru 25 dah ada 2 anak kot! Alhamdulillah rezeki yang Allah bagi tu kan...

Ok jom baca sket pengenalan dari Huda ye, sekarang ni Huda banyak spend time dengan business sendiri. Ye la, lepas delivered kan Dharnia haritu berkulat jugak duduk rumah, so buat lah sedikit business boleh la bantu husband kan takdelah cakap aku ni kikis duit suami je kan -__-
First business yang Huda buat dengan MODAL RM25 je yes, DROPSHIP program. Time 2014 tu kan tengah naik pakai dress-dress, palazzo, skirts dan time tu nak raya pulak, Alhamdulillah daripada RM25 tu Huda boleh kembangkan jadi RM1000. Lepastu tah macam mana dapat ilham pulak nak buat ACCESSORIES. So time tu fikir mana nak cari supplier buat beli barangan accessories ni, at last terfikir better tanya2 dengan akak-akak yang jual baju ni.. tanya punya tanya adalah sorang je yang bagitau mana nak beli. (Alhamdulillah rezeki)

Start daripada situ Huda buat accessories sendiri dan kenalkan kat platform yang Huda gunakan dulu sebagai DROPSHIP tu dan Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik dan dalam 1 bulan macam tu Huda tengok trend orang buka butik dan panggil orang lain untuk jual barang sekali kat butik dorang, (they call it VENDOR) So Huda pun signup lah jadi VENDOR kat Butik kat SRI HARTAMAS, time ni Huda jual PANDORA INSPIRED DAN PIN HIJAB. Sewa bulanan pulak kena bayar RM150 untuk dua product ni so fikir2 dengan modal dan harga barang worth it jugak la untuk join VENDOR kat butik tu. Dalam 1 bulan tu baru owner tu buat GRAND LAUNCHING utk butik dia. Time ni memang masyuk jugak lah SALE dalam sehari tu adalah dapat dalam RM600 mcm tu kot lepas tolak modal dan sewa.

Lepas tu dah excited kot dapat duit sendiri, so join lah buka booth. Time tu excited giler la kan dapat jugak menjual secara langsung. Time ni pulak jual PANDORA INSPIRED, PIN HIJAB & PIN CUSHION. Kemain seronok time ni, letak je Pin Hijab kat atas meja dah ada 5 orang customers tengah pilih2 pin Hijab tu, time tu dah rasa overwhelmed gila! excited lah 5 orang que nak beli ko punya barang :P Tapi, panas tu tak delah sampai ke petang kan.. dah sampai lunch time tu orang dah takde pun jalan-jalan kat tempat tu, yang adapun hanyalah vendor yang menjual kat event tu jugak     -__- Dah lah panas gila, rindu pulak kat baby so, hm give up, balik rumah terus -__- (haha!)

Kalau orang nak memang minat niaga ni kan, takde lah dia fikir takut duit melebur. So join lagi satu event yang besar, buat kat PWTC organiser MOOD REPUBLIK. Sewa pulak RM3500 ++ (ni 2 tahun sudah punya harga). Time tu fikir ini kalau tak dapat cover harga sewa ni menangis tak berlagu mek, so terfikir lah nak share dengan orang takdelah heavy sangat nak bayar. So share la dgn sorang akak ni nama dia kak Hani. Dia jual baju2, aku pulak jual accessories hah cantik lah tu. Hari nak setup tu, VENDOR semua setup dengan dia punya railling la, dia punya trolley.

Boleh katakan bila aku nampak vendor-vendor ni, aku jadi kecut perut! haha! ye la, orang semua tolak guna trolley dan guna bag ikea, container besar2 lepastu ada pekerja sendiri yang buat semua tu, manakala aku ni hah dengan adik beradik aku je, (I LOVE YOU MY ADIK2!) dengan tak tidur 2 malam dan esoknye tu aku ada PAPER untuk Course Biomedical tu lah, -__- . Time ni kitaorang angkut barang2 cuma gunakan plastic Mr DIY, plastic TOYrUS tu hah.. lepas tu bawak meja IKEA RM29 tu kat dalam plastik besar je last2 terkoyak dan jatuh time kat ESCALATOR PWTC tu, semua orang pandang! ada yang pandang dengan pandangan yang sinis, faham.. haha naive betul rasa time tu, menangis-nangis gelak tgh tulis ni ... :D Sape yang pernah berkunjung kat sana tu, klu korang ingat lagi booth yang ada letak dahan pokok tu, hah! AKU LAH TU!

Event ni start 10am - 12pm rasanya.. first day event adik aku no 2 (Hanif) & wife (Cyikin) dan sorang adik perempuan (E'en) aku yang tolong jaga kan booth. Aku gerak belakang nak bawak baby. Dalam pukul 10.30am E'en ni dah menggelabah call suruh datang cepat katanya dah tak menang tangan handle customers. Imagine 10.30am dah tak menang tangan! Aku yang dengar mcm tu kelam kabut siap terus! Alhamdulillah SALE masyuk gila dapat lah dalam RM6000 mcm tu. First day ni lagi stock pin Hijab aku dah susut, berlari pegi tambah stock lagi! Waa nampak tak penangan MOOD REPUBLIK mcm mana? Tambah pulak time ni aku dan adik2 jerit LELONG LELONG PANDORA INSPIRED RM40! NAHH, BERPUSU2 ORANG DATANG NAK PILIH CHARMS! Alhamdulillah dan thanks a lot kat MOOD REPUBLIK! Wah, bapak panjang lebar kan pengenalan/COMEBACK dari aku! apa tak nye, AYAT TERBUKU DLM HATI SELAMA 1 TAHUN LEBIH!

Sejak berniaga ni, macam2 gelaran yang orang panggil aku tau, Kak Da la, Kak Yang la, Kak D la, at last Huda pun fikir bagus jugak aku letak nama Kak D, atleast senang nk communicate with my customers :) (tu salah satu tips communication dgn customer tu) So kat blog ni panggil Huda as Kak D je lah ;) Atas nama brand Dania Façon® korang boleh search kat Instagram, Facebook.
Handmade accessories yang kak D maksudkan korang cakap je nak design macam mana inshaAllah kalau kak D boleh buatkan kak D usahakan sebaiknye. Tapi kalau tak boleh aku bagi kat hang PANDORA ja :P Antara product accessories kak D adalah seperti, PIN HIJAB, GELANG TANGAN MANIK, GELANG TANGAN NAK MELARAM, RANTAI MELARAM, FLOWER CROWN untuk BRIDESMAID korg pun ada. So kalau korang memerlukan apa-apa accessories untuk lengkapkan gaya harian uols tu, boleh la click kat INSTAGRAM Dania Façon® business kak D :)

Alhamdulillah dengan rezeki business selama 1 tahun 1/2 ni Allah luaskan lagi rezeki dengan memiliki butik dekat Seksyen 7, Shah Alam. Butik Huda ni dekat dengan top brands kat Malaysia ni jugak.. ala segala geng MINAZ, Calaqisya, Zawara semua tu.. Kat situlah Kak D bertapak untuk kembangkan lagi business  ni. For now ni butik terpaksa ditutup sementara, sebab tengah busy handle online business. kalau nak datang ke butik boleh je tapi based on appointment sahaja. Kira korang Whatsapp kak D je kata nak datang. Online customer ni jangan pandang rendah, walaupun for now butik tu tak buka, tapi disebabkan power buying of online customer ni, mampu jugak lah buat bayar sewa butik. Sekarang ni tengah fikir sama ada nak go on dengan butik tu ke tak.. hm.. nanti lah sambung cerita lagi naa..

Thanks korang semua sudi baca pengenalan semula daripada kak D a.k.a Huda (still same person lah)

Jumpa lagi next entry. :*

Regards,
Kak D a.k.a Huda
CEO of Dania Façon®
+60192802438

Nah antara my journey ni...



























Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...