Wednesday, January 26, 2011

Change My Blog Title

Assalamualaikum ..


Agax lama juga tak post entry baru... ada yg menanti ke untuk my new entry?
today Huda want to talk about The Sweets of Tears..
life is not easy as what we expect, it's always become what we never expect before, that's call 
"Kita Hanya Mampu Merancang, Tapi Allah yg Menentukan Segalanya" ...
Saat hidup bergelumang dgn dosa, saat bergembira tanpa menghirau segalanya, seronok bukan alang kepalang, kita Alpa, lupa akan pencipta kita.
Saat hidup mula terumbang ambing bak kapal yang berlayar di lautan yg hendak karam, baru kita berdaya melafaz "Ya Allah" betapa dajalnyalah diri ini ya Allah..
Ya Allah aku makin tersasar dari persimpangan Islamiah, berikan aku seseorang yang bisa membimbing aku ke jalanMu ..
ya Allah, bukakanlah pintu hatiku ini ya Allah, agar aku bisa sentiasa berada dekat denganMu,
terasa sunyi, kosong hidup ini tanpa tawadhuk kepadaMu,

Teman,
entry kali ini bukan hanya untuk kalian sahaja, ianya untuk diri Dayang juga, yang terlalu banyak tersasar dari simpang siur kehidupan dengan keredhaanya ..
Teman,
bersamalah kita berpesan-pesan antara stu sama lain...
kerana diri kita sentiasa tidak lepas dari bersifat mazmumah ..

Sekian sahaja post Dayang untuk kali ini ..
Wasalam ..




Sunday, January 9, 2011

Ya Allah



Ya Allah ..
Tidak akan aku persoalkan Qada' dan Qadarku yang telah engkau tetapkan
Cuma aku mohon kepadaMu ya Allah, permudahkan segalanya padaku
Kku hanyalah hambaMu yang munafik, yg sentiasa tidak akan lepas dari melakukan Khilaf ..
Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan, kesabaran, ketenangan dalam menjalani UjianMu ini
Aku terlalu lemah untuk menghadapi semua ini berseorangan..

Ya Allah ..
Jika benar dia tercipta buatku, maka engkau satukanlah hatiku ini dengannya
Jika dia bukan untukku, maka engkau alihkan, padamkan perasaan cinta ini kepadanya
Ya Allah ..
Aku pernah merasa kesakitan ini,
Aku pernah menghadapi situasi ini,
Cukup sakit bagiku untuk menghadapinya,
Tika itu aku di sisi keluargaku yang tercinta mereka ada buatku,
Untuk aku mengadukan masalahku, untuk aku berkongsi masalahku,
Untuk aku meminta panduan, apa yang harus aku lakukan,
Namun kini, aku hanya ada kamu Ya Allah ..
Cukup sakit bagiku untuk aku berseorangan ..
Aku tidak dapat menumpukan pada apa yang aku lakukan kini,
Sedangkan hari esok aku ada Test yang cukup penting buatku,
Namun, mengapa aku tidak dapat menumpukan untuk belajar,
Untuk membuat persediaan untuk ujian itu?
Mengapa aku cukup lemah kini?!
Ya Allah, adakah aku telah terlalu jauh dariMu?
Jangan ya Allah,
Aku sanggup berjauhan dengan sesiapapun,
Namun bukan berjauhan denganMu ..
Ya Allah ..
Bukakanlah pintu hatinya untuk memaafkan aku jika semua ini khilafku ..
Ya Allah ..
Jika aku menjaga hati orang lain, hati aku sendiri yang parah, hatiku sendiri yang akan Sakit,
Tapi,
Aku senang jika dengan cara itu, dia akan gembira ..
Aku mohon kepadaMu ya Allah ..
Permudahkan urusan ku di dunia ini ..
Ya Allah ..
Bukakanlah pintu hatinya untuk memahami diriku ..

Wednesday, January 5, 2011

SAMBUNGAN KISAH SIR SUHAIMI

Sebaik tamat kursus matrikulasi selama dua tahun, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Royal College of Surgeon, Dublin. Tawaran tersebut aku terima dengan hati yang amat gembira. Di kotak fikiran ku, sudah terbayang-bayang aku merawat orang sakit di hospital.

Tak sabar untuk aku maklumkan kepada kedua orang tua ku. Segala usaha ku lakukan untuk meminjam duit dari kawan-kawan. Alhamdulillah, berkat membuat muka welfare kepada sahabat-sahabat ku, aku dapat meminjam RM 80.00. Destinasi pertama ku, stesen bas Butterworth. RM 20++ aku gunakan untuk beli tiket balik ke kampong. RM 20++ aku belikan buah tangan untuk ibu dan ayah ku. RM 20++ untuk aku beli tiket untuk balik ke Butterworth. Baki duit yang ada, akan aku belikan lauk-pauk basah untuk aku menjamu ibu dan ayah ku sempena kejayaan ku mendapat tawaran dari university yang tersohor dalam bidang perubatan.

*************************************
Malam itu, aku menaiki bas dari Butterworth, untuk balik menemui ibu dan ayah ku. Sepanjang perjalanan, aku membayangkan kegembiraan yang bakal terukir di wajah ibu dan ayah tercinta. Tidak lupa juga aku berangan-angan memegang stethoscope, memeriksa pesakit, menulis laporan perubatan dan lain-lain lagi sehingga aku terlena, tenggelam oleh angan-angan ku.
Subuh …. Aku sudah pun selesai solat subuh, sebaik sampai dari Butterworth. Dari stesen bas, aku berjalan ke pasar basah yang berhampiran. Ikan cencaru, sayur bayam dan fish ball. Itulah yang ku belikan buat menjamu ibu dan ayah ku. Bagi keluarga ku, lauk sebegini memang amat “mewah”. Lantaran kemiskinan, pucuk paku, kangkung, ikan kering, telur ayam atau “ikan-ikan reject” yang menjadi hidangan asasi kami sekeluarga. Itu pun ayah ku sering mengingatkan kepada kami, seandainya kita bersyukur dengan rezeki yang ada, ALLAH akan tambahkan kita dengan rezeki yang lain.
Habis berbelanja … ku dapati duit yang berbaki hanyalah 20 sen. Maka terpaksalah aku menapak, berjalan kaki dari pekan kecil tersebut untuk balik ke rumah yang jauhnya lapan batu. Sedang aku berjalan bersendirian sambil menyambung angan-angan ku, sebuah lori kecil membawa tong ikan kosong berhenti di sebelah ku. Kamal yang mengambil upah menghantar tong ikan dari jeti ke pasar, bersama adiknya Jijoi. Kamal mempelawa aku naik lorinya untuk menghantar aku balik ke rumah.
Kepulangan ku, mengundang kejutan bercampur gembira. Mana tidaknya, sudah hampir dua tahun aku tidak balik ke kampong. Hanya sekeping warkah yang aku kirim buat penyambung kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya setiap bulan. Aku dipeluk dan dicium oleh ibu ku yang mulia. Juga tidak lupa di dakap oleh ayah ku yang dirahmati. Mereka gembira, excited, teruja dan entah apa-apa lagi terminology yang aku sendiri tidak tahu nak sebut di sini.
Lauk basah yang ku beli kuhulurkan kepada kakak sulung ku.
“Mie belanja makan tengahari ini” … ujar ku … semakin manis senyuman ibu ku yang penyayang. Aku sudah terbayang, wajah ibu dan ayah ku akan semakin ceria dan manis tatkala aku menunjukka surat tawaran belajar ku nanti.
Selepas sarapan, perlahan ku unjukkan surat tawaran kepada ayah ku tanpa mengeluarkan sepatah kata. Hanya sekuntum senyuman.
Ayah ku membuka surat tersebut. Ibu ku mendekati ayah ku, ingin turut sama mengetahui isi kandungan surat yang ku hulurkan.
ALHAMDULILLAH. SYUKUR PADA MU YA ALLAH
Itulah yang terpancar dari mulut ibu ku. Senyumannnya semakin manis. Ku lihat air mata gembira menitis dari mata ibu ku yang ku kasihi.
Ayah ku, tersenyum dan menangis……. Speechless….. Kegembiraan tergambar di wajahnya. Perlahan dia menghampiri ku. Tubuh ku dipeluk erat.
“Doa ayah telah Allah makbulkan” … bisik ayah ku sambil dakapannya semakin erat.
“Ayah hendak engkau jadi orang berguna.”
“Biarlah kita miskin harta, jangan kita miskin ilmu.”
“Ingat pesan ayah…. Orang berilmu tak akan jadi anak tiri kepada masyarakat.” … bisiknya dengan suara yang semakin sebak dan sayu.
Aku turut menangis ………
*****************************************
Selepas mandi pagi di telaga …….
Ibu ku sedang sibuk menyiang ikan cencaru yang ku beli, sambil dibantu kakak sulung ku.
Dari tingkap rumah usang ayah ku, ku lihat … ayah ku sedang duduk termenung sendirian di dalam perahunya.
“Kenapa ayah tu mak ? Dia tak ke kilang sawmill ke ? Muka nampak sedih je. Dia tak suka ke Mie dapat tawaran belajar ke luar Negara ?”
Sambil tersenyum, ibu ku mencuci tangannya. Lengan baju yang disingsing paras siku dibetulkan. Dia berjalan kea rah ku yang sedang duduk di tingkap rumah.
“Bukan dia tak suka.” Ujar ibu ku sambil tersenyum, sambil duduk bersimpuh di sebelah ku memerhatikan suaminya tercinta.
“Ayah tengah fikir, kat mana nak cari duit untuk hantar kamu belajar.”
Tersentak hati ku.
Perasaan ku berubah sekelip mata.
Baru sebentar tadi, aku amat gembira dengan tawaran yang aku terima. Kini perasaan ku bercampur-baur. Kesedihan, kemarahan, kekecewaan …. Dan yang paling ketara …. Rasa bersalah kepada ayah dan ibu ku ………
Dari jauh ku renung kakak sulung ku yang tak pernah bersekolah. Andainya di tulis huruf “A” sebesar pokok kelapa, kakak ku itu tak kenal yang itu adalah huruf “A” kerana waku itu keluarga ku tidak mampu untuk menghantarnya ke sekolah untuk belajar. Kertas berwarna biru adalah duit seringgit. Kertas warna hijau adalah duit lima ringgit. Kertas warna merah adalah duit sepuluh ringgit. Begitulah cara kakak sulung ku mengenal nilai matawang Malaysia. Dia korbankan masa depannya untuk tidak bersekolah demi memberi peluang kepada adik-adiknya untuk memperolehi pelajaran yang lebih baik darinya.
Kakak ku yang kedua, sedang melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Melbourne, Australia. Disusuli oleh abang ku di bidang arkitek di Newcastle, Australia. Abang ku seorang lagi belajar dibidang pendidikan disebuah IPTA. Ayah ku terpaksa berhutang dengan “boss”nya. Malah untuk menghantar aku mendaftar untuk kursus matrikulasi dulu pun, ayah ku berhutang RM 500.00.
Aku termenung …. “Sungguh besar pengorbanan ibu dan ayah ... dan aku menyusahkan orang tua ku” …. Bentak hati ku … rasa bersalah menyelubungi diri. Sedikit demi sedikit rasa sedih datang bertandang. Aku terdiam seketika. Aku terasa tangan ibu memicit-micit sebelah bahu ku. Ku renung wajah ibu.
“Mak bangga dengan anak-anak mak”
… kata ibu sambil tersenyum. Ku lihat setitis air mata mengalir di sudut matanya. Senyum ibu ku balas. Perlahan tangannya ku alihkan dari bahu ku, lalu ku kucup.
“Mak, doakan mie ya. Mie tak mahu jadi anak derhaka. Mie nak mak dan ayah gembira selalu”
Lantas aku bangun dari tempat duduk ku, meninggalkan ibu ku berseorangan.
“Mak, Mie nak ke masjid buat solat dhuha”
Di masjid, selesai solat dhuha …. Aku menangis …. menangis ….menangis …. dan menangis.
Apakah aku ini menyusahkan ibu bapa ku?
Dan aku beriktiqaf di masjid dari pagi hinggalah zohor.
***********************************
Selepas solat maghrib, aku kucup tangan ibu dan ayah ku sebelum keluar rumah untuk menaiki bas balik ke Butterworth. Pesan ayah ….
“Ayah nak engkau jadi orang berilmu. Ayah nak engkau berjaya di dunia dan akhirat. Ingat pesan ayah. Orang berilmu tak akan jadi anak tiri kepada masyarakat.”
Kamal dan Jijoi sudah menanti di dalam lori ikannya. Mereka akan menghantar aku ke stesen bas di pekan.
Malam itu, sepanjang perjalanan air mata ku mengalir.
**************************************
Monday blues … Aku tak ada mood untuk ke kelas hari ini. Bukan sebab keletihan dek perjalanan yang jauh. Tetapi disebabkan keputusan yang telah ku buat.
Di bilik hostel , aku menulis sepucuk surat. Ku tujukan kepada Pengarah Matrikulasi. Tajuk surat rasmi tersebut ….. MENOLAK TAWARAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA.
Tengahari itu, aku sendiri ke Pusat Matrikulasi dan menghantar sendiri surat berkenaan.
Malam itu aku seperti biasa, memanjat bumbung Desa Gemilang dan melihat suasana malam sendirian sambil bertemankan air mata ………….
************************
Selepas solat malam …. Di kala room mate ku sedang nyenyak tidur, aku menulis sepucuk surat kepada ibu dan bapa ku. Dan aku menulis bersama linangan air mata. Surat yang memaklumkan kepada mereka, bahawa aku telah pun menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Royal College of Surgeon. Alasan yang ku berikan ialah ….. DI LUAR NEGARA TIDAK ADA NASI KERABU …. Satu alasan bodoh, yang sengaja ku reka untuk menyokong keputusan ku demi mengurangkan bebanan yang di tanggung oleh ayah ku. Tak tergamak ku lihat ayah ku bersusah-payah menambah hutang demi melihat aku belajar.
Wahai student ku,
Aku yakin, tidak ada seorang pun dari kamu yang pernah melalui saat getir dan kepayahan yang pernah aku lalui. Di sini, ku lihat diri mu semua enak diulit kemewahan yang disiram oleh ibu bapa mu. Engkau datang kuliah bersama kereta yang dipandu oleh diri mu. Kancil, Iswara, City, Vios malah BMW. Tidak seperti ku yang hanya berjalan kaki dibawah terik sinar mentari.
Di kaki mu tersarung kasut berjenama. Tidak seperti ku, kasut yang pernah tersarung di kaki ku, aku kutip dari tempat pembuangan sampah. Itu pun aku terpaksa jahit menggunakan tali jala dan tali dari raket badminton yang juga ku kutip dari tempat pembuangan sampah.
Bila malam menjelang, engkau semua bepeleseran di bandar. KFC, Mc Donald, Pizza Hut malah tak lupa juga premis karaoke bersama syisha yang menjadi santapan diri mu. Jika dibandingkan diri ku sekeluarga yang menjadikan kangkung, pucuk paku, pegaga, ikan kering sebagai lauk asasi. Malah makanan ku juga bercatu sewaktu melanjutkan pengajian program Degree. Untuk meneruskan hidup di negeri orang sambil belajar, aku terpaksa membuat kerja luar. Mendaki anak-anak tangga flat dan apartment menjual akhbar. Menebas hutan belukar dan menambun tanah di lubuk, paya dan tasik untuk membuka kampong. Semata-mata untuk mendapat sekelumit upah bagi meneruskan hidup dan belajar.
Dan dalam kepayahan dan keperitan ku dulu, kini aku berdiri di depan mu. Dengan suara lantang aku memberi kuliah kepada mu. Aku menjadi guru kepada mu.
Andainya dalam keadaan serba daif dan kekurangan, aku mampu berjaya berdiri di depan mu sebagai guru mu. Hanya satu soalan dari ku untuk mu ….
MENGAPAKAH KAMU YANG DILILLIT DENGAN SEGALA KEMUDAHAN DAN KEMEWAHAN MASIH TIDAK MAMPU BERJAYA DI DALAM PELAJARAN MU ?
Tidak malukah diri mu kepada seorang yang hidup miskin papa kedana dan melarat tetapi berjaya menjadi guru kepada diri mu ?
Sepatutnya dengan nikmat kemewahan yang kau miliki, engkau mampu berjaya 10 kali ganda dari diri ku.
Sahutlah cabaran ku. Sahutlah cabaran ku. Sahutlah cabaran ku.
Untuk engkau berjaya 10 kali ganda dari kejayaan yang telah ku raih.
Sebagai guru kepada diri mu, aku ingin lihat diri mu lebih berjaya dari diri ku, bukan sahaja di dunia, malah juga berjaya di akhirat.
Dan ingatlah pesanan ku .....
ORANG YANG BERILMU, TIDAK AKAN MENJADI ANAK TIRI KEPADA MASYARAKAT
Le Petit Nice Passedat Hotel
Marseille
31 July 2010
3.15 am

Sunday, December 19, 2010

Seseorang Yang Sangat Aku Kagumi


Aku pernah, dan tidak malu menceritakan kepada student ku, yang aku berasal dari keluarga yang miskin. Aku tidak pernah malu menceritakan kepada student aku, yang ayah ku terpaksa berhutang dengan orang-orang kaya demi menyekolahkan kami adik beradik. Aku juga tidak pernah malu menceritakan kepada student aku, yang aku ada 2 orang kakak, 2 orang abang dan seorang adik, dan kakak ku yang sulung tidak pernah bersekolah kerana kemiskinan keluarga ku.

Aku menceritakan, sejak usia ku tujuh tahun, aku bersama dua orang abang ku. Sebaik selesai solat Subuh, kami akan menjinjing dua bakul seorang di kiri dan kanan tangan. Sebuah bakul penuh berisi bungkusan nasi lemak. Sebuah bakul lagi berisi kuih-muih. Kami akan menjaja ke seluruh kampong. Setelah habis terjual, kami pulang ke rumah dan bersedia untuk ke sekolah di waktu petang.
Di rumah ku, ada dua jenis beras. Satu beras patah/beras hancur yang murah harganya. Satu lagi beras biasa yang bermutu. Beras patah/hancur adalah untuk makanan kami sekeluarga. Beras biasa adalah untuk dijadikan nasi lemak buat jualan ke seluruh kampong. Kadang-kala, bila teringin nak rasa kemanisan dan kelemakan beras biasa, kami adik beradik berpakat menyembunyikan sebungkus nasi lemak. Sebungkus nasi lemak itulah kami makan bertiga beradik. Begitulah hidup kami sewaktu kecil.

Sewaktu bersekolah, sejak darjah satu hinggalah ke tingkatan tiga, aku tak pernah beruniform lengkap ke sekolah. Sebab keluarga ku di luar kemampuan untuk menyediakan uniform tersebut. Aku tak pernah malu bercerita kepada student ku, aku berjalan kaki sejauh 3 batu pergi, 3 batu balik semata-mata untuk menimba ilmu ke sekolah. Kaki ku hanya berlapikkan selipar jepun. Kadang-kadang terpaksa berkaki ayam kerana selipar yang ku pakai putus dipertengahan jalan.

Aku juga tidak pernah malu untuk menceritakan kepada student ku, pernah sekali sewaktu berjalan kaki balik dari sekolah pada tahun 1982, aku melalui tempat pembuangan sampah. Aku terjumpa sepasang kasut yang dibuang. Kasut tersebut lalu ku kutip. Aku dapati kasut tersebut koyak dibahagian depannya. Dengan rasa gembira, kasut koyak tersebut ku bawa pulang ke rumah. Selesai solat Maghrib, aku ke belakang rumah mencari saki-baki tali jala milik ayah ku. Dengan tali jala itulah aku menjahit bahagian depan kasut yang koyak. Keesokannya, aku ke sekolah memakai kasut “baru”. Di sekolah dengan bangga, aku menayangkan kasut yang ku kutip dari tempat pembuangan sampah kepada rakan-rakan sekolah ku. Tiga atau empat hari sekali, jahitan tali jala tersebut putus, dan aku akan menjahitnya semula. Sehinggalah aku menjumpai sebatang raket badminton yang patah di tempat pembuangan yang sama. Tali raket badminton itulah yang aku gunakan untuk menjahit kasut tersebut menggantikan tali jala. Dan hasilnya, jahitan kasut tersebut bertahan lebih lama.

Selepas peperiksaan SRP, aku mendapat tawaran masuk ke tingkatan empat di sebuah sekolah berasrama penuh. Barulah aku mempunyai uniform sekolah yang lengkap. Itu pun ayah ku terpaksa berhutang dengan orang untuk menyediakan kelengkapan sekolah ku.
Selepas SPM, aku menjalani kursus Matrikulasi di sebuah IPTA di utara semenanjung. Tempat yang paling jauh dari rumah yang aku pernah pergi. Kursus matrikulasi berjalan selama dua tahun. Aku masih ingat. Ibu dan bapa ku, menghantar aku ke MRSM Kulim menaiki bas Transnasional. Bertolak jam 8.00pm dan sampai ke Butterworth di waktu subuh keesokan harinya. Dari stesen bas Butterworth, kami menaiki bas henti-henti ke Kulim. Sepanjang proses pendaftaran, ayah dan mak aku tak henti-henti berpesan :
“Jaga diri baik-baik kat tempat orang.”
“Jangan gaduh-gaduh bertumbuk.”
“Belajar rajin-rajin, jangan ponteng kelas.”
Dan pesanan yang paling menyentuh hati ……….
“Kita orang miskin. Abah tak pasti boleh hantar duit untuk engkau kalau nak balik waktu cuti. Kalau abah tak dapat hantar duit, kau duduk saja asrama ya. Ulangkaji pelajaran.”
Tak dapat aku bayangkan, tatkala aku menghantar ibu dan ayah ku keluar dari pintu pagar MRSM Kulim selepas pendaftaran ku sempurna. Mereka berjalan kaki dari pintu pagar MRSM Kulim ke stesen bas yang jaraknya lebh kurang sebatu. Sayu sangat. Aku masih ingat kata-kata ayah ku sebelum dia meninggalkan aku di MRSM Kulim :
“Abah nak engkau belajar bersungguh-sungguh. Carilah ilmu banyak-banyak. Walau kita miskin harta, tapi jangan sampai kita miskin ilmu. Orang yang berilmu tak akan jadi anak tiri kepada masyarakat.“
******************************

Nantikan sambungan cerita Sir Suhami .. :)


Friday, December 10, 2010

Senyum

Assalamualaikum w.b.t ...

salam jumaat to all :)
waaaaa!!
its Friday daa .. rindulah pulak nak masuk class ni kui3x ..
lagi best kalau masuk class compare ngan dok umah, xde pe nak buat, xdapat dgr lecturer dok bebel, x dpat, xdapat, x dapat .. semua r! :P
alhamdulillah .. test tadi dapat jawab dgn cemerlang, walaupun ada soalan yg x di expect akan keluar tapi, nasib baik sempat jugak baca topik tu .. hu2x ..
esok sabtu nak ke mana ek??
alahaiii .. boring3x! dush3x!!
ria said, nk ajak me g Twisties,
got live band (Pesawat, her boyfriend band)
nak pegi x? hehe
ada faizal tahir,
Bunkface, Mizz Nina, Wings, n mcm2 lagi ..
jom kita meriahkan esok di Stadium MBPJ Kelana Jaya 8pm gituhh! :)
more info, buka www.facebook.com/pesawatmusic

mamiiiiiii!!!
i miss u so muchhhh
uuuwaaa!!!
nak tindro la lu ..
penat dehhh
wasalam ..

everything Clearrr ..

Assalamualaikum w.b.t ..

alhamdulillah ..
berjaya juga meng - key in semua structure-structure drugs dalam kepala ni, esok punya test senang la .. insyaAllah ..
same to microBiology, all microbes name classified by their type of Gram Negative n Gram Positive berjaya jugak dihafal .. ku bersyukur ya Allah,
Mudahan saja ingatan ini akan berkekalan sampai bila2..
!!waaaaa!!
mata da bengkak daa ..
mau tidur dulu (bukan "Jangan Tidur Lagi")
sekarang masa untuk budak study tidur ..
pray the best for me tomorrow
insyaAllah ..

... Wasalam ..

Thursday, December 9, 2010


Assalamualaikum w.b.t ..

Agak lama rasanya tidak meng-update blog Huda ni .. huhu .. sekarang da masuk d second week Huda start sem .. minggu first je da ada macam2 tutorial ni esok ada tutorial lagi adededede, tapi xpe, best jugak kalau banyak tutorial? jadi rajin nak study hehehe .. moreover, sekarang ni banyak benda boleh belajar dengan mudah, ngee .. so, agak selesalah jugak untuk belajar kat sem ni. InsyaAllah i'll do better and make a lot of differences from now on, insyaAllah .. pray for me tau!

Adedede, tadi intention buka web ni, nak cari information for assgmnt yg d beri since monday, kerana terlalu malasnye, (malas sgt ke?) hari ni baru tergeheh-geheh (terhegeh-hegeh) nak cari all information about Microbiology .. (Microbiology is study of microbes; where logy=study, micro=microbes) terpesong jugak my intention toink3x!!! k lah, wanna focus (yeahh!! focus3x!!)

.. Wasalam ..

Sunday, December 5, 2010

Wednesday, November 17, 2010

Thank You Allah


~ ` ~ Assalamualaikum w.b.t ~`~

Subhanallah .. ya Allah .. betapa aku mensyukuri nikmatMu hari ini! Dan biarkanlah aku senantiasa mensyukuri nikmatMu ini pada hari-hari yang berikutnya. insyaAllah .. Its ok la walaupun x dapat beraya bersama keluarga kandung, menumpang beraya kat rumah orang pun jadilah .. ” aku bersyukur ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk mengenali mereka dalam hidupku ini.. syukran jazillan ya Allah! Huda mmg suka sgt main dgn Adam, nakal, comel, hishhh .. x tau la nk ckp apa lagi, dia ni mmg comel sgt! Buatkan Huda teringat je dgn adik Huda Ekin .. sob3x! L umur dorang pun hampir kurang sama je, bole la ni .. hahaha .. t I show u guys gambar Adam ni, wait until d end of this post. J

Hari ni merayau kat *******, esok pulak nk serang uma Cik *** dok merayau sje kan kje Huda? Nampak sangat la I ni got nothing to do .. huhu .. I got nothing to do la, I dok merayau ni, dari I membuta siang hari better g jln2 .. hah! Huda tgh nk cuba untuk get back Huda nye weight like before, that is 45kg, nk sgt berat ni .. soon! (how many soon it is?) hahaha .. around 2 weeks kot ..

Tak lama lagi akan ada la post mengenai study ? ni .. dush3x!! da cuti ni, entah igt lg ke x .. toinkkk3x!! insyaAllah.. akan ingat, x sabar jugak nk study semula rindu kat leteran lecturer .. —

Airrhhhh… baru kul ¿ ++ tapi mata da nk tutup ngantok gler .. yuhuuu … wanna sleep lu la .. zzzZZZ ]


Salam Aidiladha


.. Assalamualaikum w.b.t ..

Wawa ~ ! its been so long that i haven't post here .. J
da mcm lirik lagu Akon daa ..
Salam Aidiladha buat semua muslim n muslimin, jgn lupa saat kita bergembira ada yang berduka, "xde semangat nk sambut raya", tu yg Huda dgr dari luahan hati mangsa banjir Ü.. moga Allah bersama mereka .. raya ni Huda just dok merayau kat rumah kenalan Huda kat KL ni, if nk Huda visit ur house roger2 Æ me tau .. xde chance kali ni balik Sabah .. L
Agak da bpe lama Huda x post apa2 ek? retired for a while.. I have to fix, to set up my new life, so that kepala xde la serabut nk post apa .. hehe .. apa yang manis jadikan kenangan, apa yang pahit persis pedoman bukan .. ? if both tarakk (xde) ? sendiri mo tau larr ..
One more thing i wanna share here, why kan, lately ni Huda payah sangat nk tido mlm? i've try so many times, same je .. hm .. maybe da terbiasa dok berchat _ n dok ber-On Air kan .. hm3x .. lets find d answer together Lif u guys da dpt jwpn, PM(private message) me tau .. J k la, wanna take choOww lu .. esok kne bgun pagi .. baju raya x iron lg ni .. dush3x!!

Friday, November 5, 2010

Pesan Seorang Teman

Duhai sahabatku,

Jika kau mahu megah berdiri di puncak gunung,

Tidak mustahil!

Andai kau berusaha…

Duhai sabahabatku,

Tidak mustahil untuk

Kau mengenggam gumpalan awan,

Andai kau kuat seperti dulu,

Duhai sahabatku,

Tidak mustahil kau terbang di angkasa sana

Berarak bersama angin,

Andai kau berusaha dan berdoa…

Berusahalah kita bersama,

Berdoalah bersama,

Untuk mencapai gemilang yang pasti…

Thursday, November 4, 2010

Kata-kata menguji ku sudahi dengan pasti

Tanpa dendam dihati

Amarah dan kecewa hanya sementara

Dan akan berlalu bersama arus masa

Ku rantaikan memori

Dengan rantai kenangan

Ku rantaikan kuat kecekalan diri

Dengan kata-kata semalam

Hari ini ku beranikan diri

Hadapi dunia ini dengan penuh keyakinan,

Apa yang buruk persis pedoman

Apa yang manis jadikanlah kenangan terindah...

Wednesday, October 27, 2010

Redha dengan apa yang terjadi ..
Terima dengan hati yang terbuka,
Tanpa ada tersirat dendam, dihati, InsyaAllah,
Segalanya pasti akan bisa kita jalani dengan mudah ..
Dialah Yang Maha Mengasihi,
Lagi Maha Mengetahui ..
Setiap yang terjadi pasti ada saja hikmahnya
Sama ada kita menyedarinya ataupun tidak,
Dan setiap dugaan, Allah itu Maha Mengetahui,
Dia tidak akan memberikan ujian tanpa mengetahui
kemampuan hambaNya untuk menjalani ujian yang di berikan ..
Tawakal kepadaNya .. insyaAllah ..
Dia masih dalam ingatanmu,
InsyaAllah, Allah pasti bersamaMu ..
You're not alone ..

Saturday, October 2, 2010

Precious Moments



Abah ni payah sangat nk amek gambar time senyum,
Huda suruh Mami cubit sikit, baru Abah reti nk senyum,
so berkesempatan la jugak untuk snap gambar senyum Abah ni .. J
miss both of them very damn much ..


insyaAllah Huda nk balik Sabah dalam next week ..
nak recover segala-galanya..
apa yang kurang akan Huda tambahkan
apa yang salah, akan Huda perbetulkan semula,
.. insyaAllah ..


Baju merah tu, adik Huda yang ke-4 Azlin,
yang kat tengah tu, adik bongsu Huda Ekin,
yang baju purple tu, empunya blog ni laaa
2 adik perempuan yang jelita sama seperti kakaknya J
ceit! perasan je lebih, hehehe ..
walaupun balik raya ke-2, xpe yang penting dapat berjumpa
dengan family, sudah memadai bagi Huda,
at least rindu yang selama ni terpendam
dah pun diluahkan J
gambar 3 adik Lelaki Huda jangan tanya lerr ..
they malu sangat dengan camera ni ..
xpe la, dapat kenal ngan parents,
ngn adik perempuan Huda pun da cukup kan ..
Sabah nantikan kepulangan Huda Q
tu je la Huda nk ? untuk hari ni
da ngantok da .. Á
-- Wasalam --

Rindukan Mak

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...