Wednesday, April 27, 2011

Sekali Blackout Daa

Assalamualaikum

Nite bloggers ~ J korang da makan? He3x, Cik Nurhuda dah makan, makan makanan kegemaran Cik Nurhuda, ayam masak kicap! Yum3x .. thanks mami J ahh, badan terlalu penat dengan gathering tadi, sehinggakan tak sempat nak tolong mami masak (sekali sekala rilek, tak tolong mami masak J) sementara menunggu mami memasak, sambil-sambil tuh makan la mangga emmmpp! Sedapnya makan mangga cecah belacan + cili api + garam + ‘ajinamoto’ yum3x.



Sambil-sambil tuh menjejak segala jejak yang ditinggalkan oleh rakan-rakan blogger.  Tetiba semua gelap gelita, adoiii dah blackout pulak. Dah lama tak rasa blackout selama 2 tahun nih, once dah merasa blackout, terasa sangat-sangatlah seronok! J pelik kan? Walaupun setelah blackout, lappy ni pun ikut sama blackout, tapi taka pa yang penting berasa sangat-sangat seronok, because Cik Nurhuda akan seronok mendengar jeritan my baby princess,
“Kak long! Peluk ekin, ekin takut ...” comel my beloved sayang sorang nih J
“kakak, carikan mami lilin”



Kesian tengah masak, jadi pulak blackout. Tak apalah mami, bubuh kicap banyak-banyak pun tak apa. Ha3x.. Cik Nurhuda berbisik dalam hati. Yum3x sedapnya ayam masak kicap tadiiii, apa yang dibisikkan tadi betul terjadi, jadi banyak kicap daa... tapi sedap jugak J siap makan dua pinggan pulak tuhhh, (owhhh tidakk! Hancuss diet Cik Nurhuda!!!)

Wasalam

Sendiri Nak Letak Tajuk

Assalamualaikum

Dengan memandang pemandangan yang berwarna hijau, pastinya akan merehatkan mata, merehatkan minda kita bukan, so gambar sebelah nih, merupakan hasil snap Cik Nurhuda pada pukul 6.30am. sama-sama kita rehatkan apa yang patut direhatkan yah  Good morning dear bloggers! Cik Nurhuda nak Tanya ni, korang mimpi apa semalam? 

Adakah korang bermimpi mengenai seseorang yang tak sepatutnya kamu mimpikan? I did! So, apa yang orang cakap tentang ‘apabila kita terlalu memikirkan, benda yang terlalu kita terbiasa, memang ianya akan menjadi igauan dalam tidur kita’ betul la tuh kot. Tapi segala lakon layar dalam mimpi tuh of cors lah merapu meraban je kan?

Hey, korang da minum pagi? Cik Nurhuda tak lagi, malahan dari semalam tak makan apa-apa pun lagi. Ye la, kononnye merajuk dengan mami kesayangan Cik Nurhuda. Bukan apa, kita nak makan ayam masak kicap, tapi hajat tak kesampaian. Mami kata nak masak untuk malam ni. Ala, bila da balik KL tuh, mana ada chance nak rasa masakan mak lagi, so tak apalah kan kalau nak merajuk sekali sekala, tapi kena pujuk diri sendiri 



Aiyarkkk my princess dah bangun. (Kak long... kak long... nak Tom & Jerry) tuh dia! Pepagi dah nak Tom & Jerry nak tengok gambar dia when dia dengan Tom & Jerry pastinya korang akan tergelak sendiri. Dengan bantal ‘colatnya’ bila nak suruh dia buat apapun, pasti tidak dilakukannya, ye la, da leka dengan Tom & Jerry. kejap lagi Cik Nurhuda share gambar dia.

Okay-lah, happy blogging guys... jangan lupa tinggalkan comment, tinggalkan jejak anda yang boleh dijejaki kelak, and lastly, tolong click my nuff and kalau ada iklan yang anda suka, sekali sekala beli la, dapat lah jugak pulangannya untuk duit shoping Cik Nurhuda.

Wasalam

Tuesday, April 26, 2011

Dilemma

Assalamualaikum ...

Dalam dunia nih, tak semua orang berlaku jujur kan? Segala penipuan dan sandiwara saja yang berlakon di pentas dunia kini. Tapi ada juga yang menipu semata untuk menjaga hati orang lain.
Macam mana kita nak berubah untuk jadi orang yang berani untuk berterus-terang, yang berani untuk menyatakan kebenaran, untuk menyatakan apa yang kita rasa? Cik Nurhuda kini dalam dilemma sama ada nak menyatakan rasa tidak puas hati ni pada orang sekeliling Cik Nurhuda.

Terlalu ramai yang jadi gunting dalam selimut bukan? Kita ‘dan2’ je percaya kat dia rupanya, dia telah membuka keaiban kita kepada orang lain, macam mana nak manage orang yang macam ni hah? Ok fine, style Cik Nurhuda kalau orang dok cakap keaiban Cik Nurhuda, Cik Nurhuda tak apa semua tuh, kerana Cik Nurhuda percaya, Allahhu Rabbi masih bersamaku. Allah itu adil, orang buka keaiban kita, tapi Allah pasti akan buka keaiban mereka tuh kepada semua hambaNya bukan? (mereka?)

Semua itu tak ada masalah if mereka buka keaiban kita, tapi adakah patut sampaikan cerita yang merapu, yang entah apa-apa je, sampai kepada orang yang tak sepatutnya pun mengetahui cerita itu. Adoiiii! Tension, sakit kepala memikirkan semua ni. Macam manalah nak manage? Dah la teman yang kononnya rapat........ actually da naik muak fikir pasal benda ni, apa kata korang pulak yang tolong fikirkan untuk Cik Nurhuda, and tinggalkanlah komen anda ye J and (da 2kali ‘and’) tolong click my nuff J thanks guys ..

Wasalam

Saturday, April 16, 2011

Tawakkal 'Pretty'

Assalamualaikum...
Keheningan malam kini kian terasa, kegelisahan kini semakin ketara pada pandangan mereka, tidak lagi bisa untuk menyelindungkan dirinya daripada duka dan kesilapan  yang sering menghantui dirinya.

“Takut pada bayang-bayang sendiri” itulah ungkapan yang dia terima daripada seseorang yang pernah menyayangi dirinya. Mungkin kerana dirinya sering kali melakukan benda yang dia sendiri takuti untuk orang perlakukan pada dirinya.

Kesilapan itu tidak akan sesekali pernah dilupakan, kerana menurut hawa nafsu, dia sendiri telah menghukum dirinya sendiri untuk membatalkan segala-galanya. Kerana menurutkan hawa nafsu, ditunaikan juga janji palsu itu! Kerana janjinya itulah dirinya kini takut pada bayangan sendiri! Kini dia masih lagi menuntut janji itu, namun...

“Ahhhhh !” rengus hatinya yang kini kian serabut atas segala yang berlaku! “Cukuplah dugaanMu ya Allah yang telah menyebabkan aku membatalkan segalanya!” jelas sekali peristiwa itu benar-benar menghantui dirinya, yang selalu sahaja menjadi igauan tidurnya. Kasihani dirimu ‘Pretty’ usah lagi korbankan dirimu untuk sesuatu yang pudar, yang tidak jelas lagi padamu.

“Darahku menyirap ke kepala ku ini, larut ke seluruh badanku... menjadi terlalu payah untuk aku menenangkan diri sendiri. Betapa kini aku semakin jauh tersasar dari landasanNya, sedangkan ‘Astaghfirullah’ payahnya untuk aku beristighfar kepadaNya!”

Ternyata dirimu kini! Atas dasar apa cintamu sayang? Atas dasar cinta padaNya kah? Jawapan ada pada dirimu sendiri ‘Pretty’! Jika kau menyedari hakikatnya kini, muhasabahkanlah dirimu sebanyaknya ‘Pretty’ agar hidup senantiasa dalam keredhaanNya. InsyaAllah pasti hidupMu itu akan menjadi lebih tenang, lebih bahagia daripada apa yang pernah dikau bayangkan! InsyaAllah...

'Pretty’ Allah itu Maha Adil senantiasa berlaku adil kepada semua hambaNya, usah lagi dipendam dendam kesumatmu itu! Itu hanya akan mengotorkan hati yang sepatutnya bersih dari segala GERAMJI. insyaAllah jika bukan balasan di dunia yang penuh fantasi ini, AKHIRAT itu pasti! Tawakkallah andai telah kau berusaha untuk mencapai apa yang terbaik dalam diri. Berserahlah kepada Allah.  

Allah itu Maha Pengampun. Usah difikirkan lagi tentang segala yang bakal menyakiti dirimu, hatimu, juga jiwamu! Jauhi mereka yang sering menyakitimu, (sedangkan dirimu lebih layak untuk tulusnya CINTA ADAM) walaupun buat seketika, tenangkan hatimu daripada memikirkan segala tipu daya dunia, ambillah masa mu untuk kau bertenang, untuk kau memuhasabahkan. Untuk kau memutuskan apa yang terbaik buat dirimu!

'Pretty’ aku juga memahami dirimu! Kerana aku juga pernah mengalami yang sama seperti dirimu. Aku cuba untuk menasihatimu, membimbingmu agar tidak menjadi seperti dahulu! Adakah kamu ingin segala mimpi, hitamnya bayangan dirimu terus menghantui tidurmu juga harimu? Inginkah kamu berada dalam jurang hitam seperti dahulu?!

'Pretty’ kamu pernah menghadapi ini seketika dahulu, mengapa gagal untuk mengatasinya? Tabahkanlah hatimu! Cekalkanlah hati dari terus terpengaruh dengan segala pengaruh yang bakal mengorbankan dirimu!

Lihat ‘Pretty’ ! Lihat! Mereka tertawa melihatmu jatuh tersungkur dengan batu yang kamu sendiri letak ditengah perjalananmu yang seharusnya tidak wujud pun batu itu! Bangkitlah ‘Pretty’ usah biarkan dunia ini terus mentertawakan kebodohan dirimu itu! Buktikanlah kepada mereka bahawa semua itu bukan kehendakmu, buktikanlah kepada mereka bahawa segala tomahan yang mereka baling padamu itu adalah tidak benar! Bangun sayang! Pulangkan dirimu sayang!

Friday, April 1, 2011

9 Petua Doa Dimakbulkan Oleh Allah S.W.T

Assalamualaikum ..

  1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulluah bersabda: ”Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
  2. Sesungguhnya Rasulluah bersabda : ”Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: ”Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka aku akan mengampuninya.
  3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianaya. Allah mengankat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
  4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulluah s.a.w bersabda: ”Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
  5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: ” Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. ”Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang trsebut melihat syaitan. ”
  6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulluah bersabda: ”sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.”Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
  7. Ata bin Abi Rabah berkata "Telah sampai padaku bahawa Rasulluah bersabda "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
  8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulluah bersabda: ”Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ’Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan.’
  9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulluah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
Sekian share dari Cik Nurhuda yg dishare dari ****** J. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua... hehehe .. curi time study jap ..Sambung study ~ !!! oklah, tlg click my nuff ekk J insyaAllah lepas final exam ni, Cik Nurhuda akan buat BW byk2 .. J sampai korg semua naik muak :P ok la, wish me all d best .. Wasalam ...

Love The Way You Lie - MASHUP (free mp3!)

Saturday, March 26, 2011

Earth Hour

Assalamualaikum ..

Hari ini Sabtu 26 March 2011, kita semua tahu kan, hari ini merupakan Earth Hour ... untuk melihat kemeriahannya, Cik Nurhuda berjalan-jalan di The Garden @ Starbuck sambil melayan Kenny G juga Chocolate Chip yang sentiasa tidak bosan daku untuk menikmatinya tiap kali kunjunganku ke sini, sudah cukup tiga things yang Cik Nurhuda gemari  untuk melapangkan minda yang tengah kusut.


Entah apa yang Cik Nurhuda rasakan pada kunjungan kali ini ke sini, terasa tempat ini begitu asing! Terasa Cik Nurhuda sedang di perhatikan oleh orang ramai. Hilang begitu sahaja keyakinan diri Cik Nurhuda ketika berada di The Garden. Entah mengapa, apa sahaja yang mengusutkan minda ini sehinggakan diri terasa kerdil sekali. Apa yang menghantui Cik Nurhuda sehingga payah untuk diri Cik Nurhuda memahami keadaan yang menimpa diri!

Jika dahulu, ke mana sahaja kaki membawa Cik Nurhuda pergi terasa sentiasa sahaja selamat dan sentiasa sahaja berasa selesa entah mengapa tidak untuk kali ini?Apakah sebenarnya kemahuan mu wahai fikiran? Jika dahulu Cik Nurhuda sentiasa tenang bila berhadapan sesiapapun, tapi mengapa kini seolah Cik Nurhuda lah tidak mempunyai keyakinan berhadapan dengan sesiapapun!

Maafkan Cik Nurhuda to all my readers, enggan hati untuk berbicara kerana jiwa juga tidak mengetahui apa punca yang menjadikan diri hari ini serba tak kena. 
29 March 2011, merupakan hari peperiksaan Cik Nurhuda, namun...(sighs3x ~ !!)


Mak Abah, kamu sentiasa berada dalam diri anakmu selama ini, tapi entah mengapa terasa jauh diri terasing dari kamu! Mak Abah, bantulah anak mu ini yang sedang terkapai-kapai untuk berenang ketepian, jangan biarkan anakmu ini hanyut juga lemas dalam segala tipu daya dunia.

Allahuakbar ~ !! Cik Nurhuda berasa kehilangan sesuatu yang sangat Cik Nurhuda hargai!
Ingin sekali daku mencari kehilangan ini! Namun tidak lagi diri berdaya, kerana terlalu lemah dimamah bumi, dimamah ribuan fitnah!!!

Adakah inilah kehilangan kali kedua daku? Sejak kehilangan pertamaku dahulu? Pernah daku merasai kesakitan kehilangan itu, adakah ia akan membenarkan daku untuk merasai kesakitan itu untuk kali keduanya?

Seandainya hatinya ikhlas untuk menyayangi daku, tak akan begitu mudahnya untuk di biarkan daku merasai semula kesakitan dahulu...

Ya Allah, akulah hambaMu yang munafik... Daku mohon semoga sahaja diri ini sentiasa mendapat pengampunanMu!

Starbuck, The Garden. 26 March 2011.
3:00pm – 10:00pm.

Friday, March 25, 2011

Chocolate Giveaway

http://iamdya.blogspot.com/
Special thanks to Cik Dya for inviting me to join this contest .. :)


This is my first time for me to join any contest in this blog, so i hope i can win :) at least i try to be the winner :)

Giveaway contest ni senang sahaja, and ada hadiah menarik yang menanti anda, dimana hadiah untuk pemenang is being sponsor by;


Decodeco-chocs
Syarat-syarat Giveaway:

1. Buat satu entry dengan tajuk "Chocolate Giveaway"

2. Letak banner giveaway Cik Dya di dalam entry dan juga sidebar. Mesti backlink kepada entry chocolate giveaway ini.

3. Wajib menjadi follower blog sponsor iaitu Decodeco Chocs.

4. Wajib klik button  LIKE pada fan page 


5. Cipta satu tagline untuk blog decodeco chocs. Contoh : Chocolate terbaik hanya di sini

6. Tag seorang kawan untuk join GA ini dan pastikan dia tahu tag tersebut. (just added on 25/3/2011)

7. Tinggalkan id follower dan permenant link entry kamu dekat komen ya.

Tarikh Tutup: 14 April 2011

Nak tahu hadiah yang ditawarkan untuk contest ini? Jom kita selongkar blog 

Untuk Contest ini, Cik NUrhuda taruhkan tagline ini,

“Revolusi rasa coklat sebenar hanya diDecodeco-Chocs”

:Tag-ing


Wednesday, March 23, 2011

Kemarahan 'Terpendam'


Assalamualaikum ...

Warning to of my dear readers!! this is the angriest entry ever! Please apologize me if there’is a thing yang akan buat you guys terasa with my post... But, your Cik NUrhuda memang terlalu marah dengan person yang penuh dengan sifat kurang ajar, and donno how to respect others, how to respect themselves!!! I'm so sorry guys ... L (Tudiaaa!!! Dahlah tulisan menyeramkan, colour merah pulak)



Oklah then, BERIKAN CIK NURHUDA JAWAPAN BAGI SETIAP PERSOALAN DI BAWAH INI:




1.    Mengapa orang kaya terlalu angkuh dengan duit mereka?



2.  Mengapa orang kaya terlalu sombong dengan orang di sekekelingnya???

3.  Mengapa kaum Adam terlalu payah untuk menghormati harga diri kaum Hawa?

4.  Mengapa orang yang berharta nih, memikirkan mereka boleh melakukan apa-apa sahaja?

5.  Adakah mereka memikirkan bahawa dengan duit mereka boleh melakukan apa sahaja?

6.   Adakah melalui duit, mereka boleh mendapatkan segala-galanya?

7.  Terlalu murahkah harga diri seorang wanita pada pandangan mereka?

8.  Mengapa kian usia meningkat, semakin terlalu BODOHnya diri kaum Adam?

9.   Adakah benar kaum Adam punya 9 akal 1 nafsu? Dan Hawa punyai 9 nafsu dan 1 akal?

10.  Anda boleh tolong jawabkan semua persoalan yang dikemukakan oleh Cik NUrhuda ???


P/S:
“WANITA BUKAN DICIPTA DARI KEPALA UNTUK DIJUNJUNG, WANITA BUKAN JUGA DICIPTA DARIPADA KAKI UNTUK DIPIJAK, KAN TETAPI, WANITA DICIPTA DARIPADA TULANG RUSUK LELAKI UNTUK DIPIMPIN DAN DIBIMBING!!!”
Wasalam...

Tuesday, March 22, 2011

Exam

Assalamualaikum ...

Apa khabar rakan blogger, rakan pembaca, pengunjung blog Cik Nurhuda? Harap semua sihat sahaja. Cik Nurhuda ingin memohon maaf kepada korang semua kerana maybe this lately, maybe Cik Nurhuda akan jarang untuk post entry baru to my blog L this is due to my examination that is around the corner so, I gotta stop blogging at this moment. I’m so sorry L hope u guys will faham my condition.

Sememangnya agak tension bila exam nak dekat ni. Tapi tension ini merupakan tension positif yang akan memberi kesan positif kepada diri seseorang itu. Seperti yang Cik Nurhuda sendiri alami J Bila saya tension mengenai examination, Cik Nurhuda akan study punya kaw2 punya study la ni (kaw2 la sangat, hehehe)

Sorrylah guys kalau my entry kali ini agak tak menarik, memang tengah tension nak study je .. :P

Oklah, happy reading to you guys. Jangan lupa join my GA contest, click my nuff J thank you very much ~!!



HEPP !! NANTI KEJAP! DAH COMMENT KE? DAH CLICK MY NUFF KE BELUM?


Sunday, March 20, 2011


Assalamualaikum ...

Anda sihat? Harap uolz sehat .. J hari ini Cik Nurhuda nak buat satu giveaway (GA) competition... nak join? Senang sahaja syarat-syarat baca kat bawah ni J

SYarat-sYarat:
©    Just be my 250’s followers
© kenalah jadi my followers -_^
©    Competition ni berlangsung selama 5 hari sahaja
©    Start date: 21 March 2011 – 26 March 2011
©    Buat satu entry mengenai competition ini untuk mem-promote to d other bloggers J
©    Kepada yang berminat sahaja

p/s:
©    To my 250’s followers, u’ll get my GIVEAWAY and also your blog will be on my bloglist J
©    To 251’s to 259’s followers, your blog link akan saya senaraikan in my bloglist J

HAPPY COMPETE ~ !! J

Thursday, March 17, 2011

That's ur GoaL Babe ~ !!



Assalamualaikum ...

Dengan penuh sabar aku menunggu traffic light turn green .. ahhh !! agak tension, kerana terlalu lama untuk menunggu lampu untuk bertukar ke hijau .. aku meliarkan mata, melihat sekeliling ku yang sesak entah mengapa terlalu ramai orang yang berkumpul pada suatu sudut itu, lalu aku dengan penuh perasaan curious aku, aku dongakkan kepala ...

              "Allahuakbar ... " aku memuji penciptaku ....

Seorang tua lelaki cina baring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri, aku tak dapat berbuat apa, sedangkan aku tahu aku boleh melakukan bantuan kecemasan iaitu CPR .. namun, kerana keadaan sekelilingku, yang membuatkan aku sukar untuk menghulurkan bantuan, kerana motor yang dipandu hanya laju meluru ke hadapan, tanpa menghiraukan keadaan lelaki tua tersebut. Merintih hatiku, terlalu kejamkah aku hinggakan aku tak bisa menghentikan motor seketika?

Lagi hatiku berbisik, kasihan pada rakyat Jepun yang kini dalam kebuluran, dalam ketakutan. Yang kini mereka sangat memerlukan bantuan daripada negara luar. Aku ingin! Aku ingin berikan bantuan kepada mereka! Kasihan mereka! Namun, sejenak aku mengeluh ...
·       Tak takut ke terkena radiasi?
·       Apa akan jadi pada diriku?
·       Tabahkah aku melihat airmata mereka?
·       Tabahkah aku melihat kemusnahan mereka?
·       Mampukah aku???
Ya Allah ... betapa ikhlasnya hatiku membantu mereka! teringin sekali aku ke sana untuk menghulurkan bantuan dengan nikmat yang kau berikan padaku. Semoga sahaja doaku mampu membantu mereka. InsyaAllah akan aku menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan aku kelak ...

Ahhh! jauh sekali fikiran ku melayang, yang sengaja aku hindarkan perasaan bersalah, dimana aku yang tidak dapat menghulurkan bantuan kepada lelaki tua yang berbangsa cina itu ... kejadian itu sangat-sangat menghantui fikiranku! Lalu aku mencuba untuk mendapatkan nasihat daripada Lecturer kesayangan ku, bagaimana harus aku hilangkan rasa bersalah ini?
          
               "InsyaAllah, walaupun kamu tak dapat menghulurkan bantuan yang orang lain nampak, tapi kamu boleh kirimkan doa, kamu boleh jadikan ianya sebagai pemangkin kepada kamu untuk berusaha dengan lebih tekun agar kamu bisa membantu mereka yang memerlukan bantuan kamu ini... Saya tahu hati kamu ikhlas untuk membantu mereka tapi kamu harus ingat, sebelum membantu orang lain, pastikan diri kamu kini telah bersedia untuk menghulurkan bantuan. Inilah semangat dan ciri-ciri yang ada pada seseorang PHARMACIST! Saya agak bangga mempunyai pelajar seperti kamu! Teruskan berusaha, PHARMACY memerlukan PHARMACIST seperti kamu..."

Ya Allah ... semoga aku bisa kuat dengan segala ujianMu ini, semoga sahaja cita-citaku yang cerah, yang aku impikan sebagaimana diimpikan oleh kedua ibu bapaku ini tercapai dengan cemerlang! InsyaAllah ..

Old Town,
3:47pm
17/3/2011

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...