Showing posts with label baby tomey. Show all posts
Showing posts with label baby tomey. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Pengalaman Di Hospital Serdang

Assalamualaikum semua..

Harap sihat lah ye semua readers.. lama sungguh tak update blog ni hah.. kepada yang masih menunggu update dari blog saya ni, thank you so much coz sanggup tunggu..

Al maklumlah, sejak bergelar new mom ni, susah sikit nak adapt with the title of 'Mommy'..
I nak share my experienced melahirkan my first baby dekat Hospital Serdang.

  12:00pm; Check in to Hospital Serdang
          Doctor checks dah buka 3cm so kena tunggu sampai ada ward kosong. Hubby asks for First Class Single Bed, pun xde jugak. (time aku nak beranak ni la ada org nak beranak jugak)
   
   Â  2-5pm contraction is getting faster than before, every 3 mins je rasa.
          Ya Allah sakit dia masa tu Allah je tahu. Husband bawak borak sebab nak divert mind ni, pun tak jalan.. haha, sebab mulut kita berkumat kamit mengucap, berselawat, berdoa.
   
   Â  5:30pm tu sampai keluar airmata tahan sakit.
          Husband suruh kita pergi cakap kat nurse sebab dah sakit sangat, tapi I lengahkan.

  7:00pm
          Nurse panggil ibu2 yang tunggu nak bersalin ni masuk dalam makan.. (ada 6 orang termasuk I yang tunggu kekosongan ward)
          Wahaha, gather dengan ibu2 yang dah ada experienced ni lagi menakutkan dan mendebarkan! ada yang bagi semangat ada yang macam saja takutkan I yang baru nak bergelar ibu ni! Selesai makan je, sakit tu memang tak boleh nak tahan lagi dah, so I pun cakap kat nurse minta doctor check.
          "Dah buka 5cm, bawak masuk labour room lah sekarang.." wah! aku yang kesakitan ni jadi bercampur baur perasaan! "Hah?! I ni nak bersalin dah ke?" Nurse tu answer "bukan yang tu awak nak ke dik? keluarkan baby cepat2?"

  8:00pm je, doctor pecahkan air ketuban/amniotic fluid.
          Time ni berdebar jugak time nak pecahkan tu, siap boleh tanya lagi kat doctor tu, lepas pecahkan ni sakit contraction tu bertambah tak? Sambil tersenyum doctor tu jawab mmg sakit sabarlah, baca lah apa-apa yang patut. Pergh! selamba jawab mcm tu. After dorang pecahkan air dorang tinggalkan I sorang dalam bilik tu.
          Zikir tak pernah henti dari mulut, better kita steady je kan daripada menjerit-jerit sakit, kang lagi teruk kena goda dengan syaitan. So, I keepl calm and pray je.
          There's no words can describe how the pain was! No one could ever tell the real pain! You, yourself je yang tahu sakit tu macam mana. So I press emergency button, ask for nurse to come, I request kat nurse boleh tak panggilkan my husband masuk? Ahamdulillah boleh! Then I tell nurse dah sakit sangat ni.

  9:20pm Doctor masuk check
          “7cm, good progression…”  Doctor bawak I borak dah tahu ke cara-cara nak bersalin? I answer no, and then she tells me how to do so… “Pastikan sekarang ni jangan teran lagi walaupun awak dah rasa nak teran, sebab nanti awak punya vagina akan bengkak… tunggu dah 10cm baru awak teran sepuas hati, tangan pegang buku lali kaki, dagu rapat ke dada, pernafasan kena control” I just angguk ye je la.. coz tak larat nak cakap lagi dah!
          I ask nurse lama lagi ke nak buka 10cm ni? “Lama lagi dik perjalanan awak ni… subuh kot ni baru awak bersalin…” after dia bagi jawapan ni, dia terus keluar macam tu je…  lepas tu my Hubby pun masuk.
          “Sayang… you’ll be fine. I’m here with you” wah! Touch giler bila fikirkan now, kalau fikirkan time nak labour tu, memang takde la terasa sweet ke apa ke kan.. memang clueless time tu! Honest!

  9:00pm
          Doctor masuk, sebab dah kali kedua dah tekan emergency button. Time ni macam dah mamai2 dah sebab kesakitan dia sampai pitam kepala rasa! Apa yang I boleh dengar time tu doctor cakap, “Dah 9cm, panggil nurse to prepare… Encik tunggu sekejap diluar ya, nanti nak bersalin kami panggil.”

  10:00pm
          Tak tahu pun bila My Hubby masuk, tapi I can hear his voice I can feel his warm palm rub my back… “Sayang, you can do this, we in this together… Baby tomey is coming so soon!” In between dengar pulak doctor cakap, “Puan kalau rasa nak teran, boleh teran dah…”
          Wah! Time ni memang bertarung nyawa kaw2 nak lahirkan my baby tomey ni. “Push!!!” word yang everybody in the room said the same… My hubby pulak, “Sayang, you have to take a deep breath and… push…” Second push from me… Cheh! Counting! Again my hubby; “Sayang, relax… take a deeeeeppppp breathhhh… and… pushhhhhhh”
   
   Â  10:20pm
          Nah, baby girl! Campak baby atas dada i! “Alhamdulillah…” itu saja mampu I lafaz after all… The best moment was that when my baby try to open her eyes, and look up to me! Subhanallah… Allah saja yang tahu perasaan I time tu…


Itulah perkongsian yang I nak share to all :)


Thursday, November 7, 2013

Wife and Mom-to-be

Assalamualaikum...

Apa khabar blogger, pembaca semua? Harap sihatlah kehendaknya. Memandangkan masih ramai yang keliru dengan status saya, lebih baik saya perjelaskan semuanya sebelum menimbulkan apa-apa fitnah. Tak pasal-pasal kang ada yang free ja buat dosa. Yes, memang lama sangat dah saya tak buat new entry sejak berapa bulan yang lepas, kalau dulu my stats view selalu je ada yang visit per day, sekarang mak aihhh.. memang merosot dah the statistic.

Memanglah busy sekarang ni, sejak dah bergelar isteri orang memang jarang sangat ada masa nak buka blog untuk post entry baru. Actually saya dah bernikah pada tahun ini iaitu pada 29th June 2013, Alhamdulillah! So kepada sesiapa yang masih lagi tertanya-tanya dengan status diri saya, hopefully korang dah dapat answer here. ^_^ 

Alhamdulillah bergelar menjadi isteri orang lagi memberikan banyak ketenangan daripada sebelumnya, lebih banyak memberikan kesedaran kepada diri ini betapa berharganya kita sebagai wanita. Syukran Ya Allah kerana mengurniakan hambaMu ini seorang suami yang sangat-sangat penyayang! Takbir! Seorang suami yang banyak membimbing dalam apa jua hal. Amboi! puji melambung-lambung! STOP!

Let's talk about the second stage of my marriage. Rezeki Allah pada saya memang tak pernah putus, lebih-lebih lagi sejak mendirikan rumah tangga ni. Rezeki saya dan suami sentiasa murah, Alhamdulillah. syukran jazillan ya Allah! 

Hati suami isteri mana yang tak gembira kan bila diri bakal bergelar seorang ibu dan ayah kepada baby tomey yang bakal lahir. Pengalaman pertama untuk bergelar sebagai seorang isteri dan ibu memang banyak cabarannya, di mana segala cabaran ini yang membuatkan saya terus kuat berdiri sebagai hambaNya, sebagai umat Rasulullah, sebagai isteri dan juga sebagai ibu! Ya Allah tegarkan hatiku agar bisa aku menempuh segalanya dengan redha dan sabar. Amin.

Well, I think that's pretty enough to confessed too :)
Sehingga kita jumpa lagi for the next entry.

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...