Monday, May 16, 2011

Fobia Cinta?

Assalamualaikum to all dear bloggers J

Hari ini class dismissed awal sesangat, adoii .. apalah lecturer nih, cuba bagi lecture panjang sikit, lagi satu rajin-rajin la buat class, ni asyik xde class je ni apa citer? Boring kott dok rumah je. Haipp! Korang da makan? Belom? Okay, sebelum nak pergi makan tuh, meh baca lepas tu comment entry Cik Nurhuda nih, lepas dah baca dan comment, hang nak pi mana, lantak hangpa laa :P

Hari nih, Cik Nurhuda masih lagi meneruskan kerja amal untuk hit 1000 followers J ni Abg Teror yang ajar nihh :P, sepanjang buat blogwalking sambil-sambil tuh, baca la entry korang and comment J  sepanjang buat blogwalking tuh, da 3 blog da yang Cik Nurhuda baca yang bercerita mengenai C.I.N.T.A nihh ... one of them:


oh, C.I.N.T.A

Hard to define kan? Terlalu abstract kan? Kadang C.I.N.T.A sukar untuk dimengerti... tapi melalui C.I.N.T.A, macam-macam rasa yang kita rasakan... SUKA, DUKA, KECEWA, CEMBURU, CURIGA... ahh, macam-macam .. tapi Cik Nurhuda bukan nak bercerita mengenai C.I.N.T.A, sebabbb...

Cik Nurhuda
!!F.O.B.I.A!!

Da macam lagu sapa tuh? Lupa la title lagu and penyanyi nihh, lambat sket update media nihh :P Maybe bukan masanya lagi untuk memikirkan semua itu kan? Yang dah pergi tetap akan pergi.. so, just let it go and move on J there’s a quote yang selalu Cik Nurhuda ingat when terimbas kembali segala kenangan lama nih,

“Forget your mistake, forgive yourself, forgiven others, and move on...”

Betul! apa pun dugaanNya, hadapi dengan tabah! Kerana segala ujianNya ini Dia tahu kita boleh melepasinya .. Allah tak akan bagi ujian kepada hambaNya, melainkan di luar kemampuann hambaNya J

Kepada korang-korang yang ber C.I.N.T.A di luar sana tuh, Cik Nurhuda doakan semoga korang semua bahagia dan menghargai pasangan korang J Gaduh-gaduh tu biasalah, dah pun nama ber C.I.N.T.A... jangan lupa untuk doakan Cik Nurhuda untuk mendapat jodoh yang terbaik untuk diri Cik Nurhuda J

Wasalam

Sunday, May 15, 2011

That's Annoyed Me Okays?

Assalamualaikum
Apa khabar my dear bloggers? Sehat? Alhamdulillah .. Cik Nurhuda tak sehat, (sebabkan tak makan seharian, da melekat depan laptop nih, agak payah nak reattach, so i deserve it! J

Kalau dah attach lama-lama depan laptop nih, mesti banyak buat blogwalking kan? Rasanya da masuk dalam 20++ je la, tak banyak pun, sebab bila singgah satu blog, Nampak comel mesti nak buat jugak macam blog tu kan? And mesti nak buat lebih better and comel dari blog tu kan, so.. Cik Nurhuda makan masa yang terlalu banyak untuk ubah HTML code mengikut suka suki saya :P edit HTML code mahu dalam 2 ke 3 jam, kadang-kadang menjadi kadang buatkan sakit hati, sakit kepala, semua sakit datang. Sendiri yang gedik sangat nak korek sana sini, so pandai-pandai recover-kan diri tu ek Cik Nur J

Sebenarnya, sepanjang setengah hari Cik Nur buat blogwalking nih, ada beberapa blog jugak la menguji kesabaran sedikit, contohnye:

©      Buka je blog Lagu da memekik .. (aduhaii, terkezut gler tau Cik Nurhuda mau tercabut jantung ni hah... nasib baik tarik balik, pasang balik)
©      Excited gler baca entry korang, (sampaikan terfikir kan best kalau Cik Nurhuda can write like the way u guys write) tapi bila nak comment, TARIK BALIK! Why? Jangan la letak Word Verification tuh!
©       Tak buat Pop up Window

Korang tahu tak 3 bendahala nih memang annoying to bloggers yang lain? Tak tahu? Tipu! Kalau Cik Nurhuda yang buat macam tuh, a mcm? Sendiri fikir la yee J Tahu tak macam mana nak buat benda-benda annoying tuh? Tahu dah? Awat tak bagitau kat bloggers yang buat nih? (ye la kalau buat nanti takde la Cik Nurhuda nak post entry pasal benda annoying nihh J betul jugak kan.


1.  Tak tahu? Ni steps nak remove Word Verification tuhh:
Dashboard > Settings > Comments > Show word verification for comments? > Tick No > Save Setting

        2. Pop-up Window
Dashboard > Settings > Comments > Comment Form Placement > Tick Pop up window  > Save Setting

3. Lagu
About lagu tuh, Cik Nurhuda takdak comment laa .. terpulang dengan creativity korang J

Ada yang terasa dengan post Cik Nurhuda ke kali ni? Sorry .. Cuma nak ber-SHARING IS CARING


Wasalam

Andainya Lelaki Tahu ...


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

P/S: Credit this post to Myz Ziema





Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...