Saturday, March 26, 2011

Earth Hour

Assalamualaikum ..

Hari ini Sabtu 26 March 2011, kita semua tahu kan, hari ini merupakan Earth Hour ... untuk melihat kemeriahannya, Cik Nurhuda berjalan-jalan di The Garden Starbuck sambil melayan Kenny G juga Chocolate Chip yang sentiasa tidak bosan daku untuk menikmatinya tiap kali kunjunganku ke sini, sudah cukup tiga things yang Cik Nurhuda gemari  untuk melapangkan minda yang tengah kusut.


Entah apa yang Cik Nurhuda rasakan pada kunjungan kali ini ke sini, terasa tempat ini begitu asing! Terasa Cik Nurhuda sedang di perhatikan oleh orang ramai. Hilang begitu sahaja keyakinan diri Cik Nurhuda ketika berada di The Garden. Entah mengapa, apa sahaja yang mengusutkan minda ini sehinggakan diri terasa kerdil sekali. Apa yang menghantui Cik Nurhuda sehingga payah untuk diri Cik Nurhuda memahami keadaan yang menimpa diri!

Jika dahulu, ke mana sahaja kaki membawa Cik Nurhuda pergi terasa sentiasa sahaja selamat dan sentiasa sahaja berasa selesa entah mengapa tidak untuk kali ini?Apakah sebenarnya kemahuan mu wahai fikiran? Jika dahulu Cik Nurhuda sentiasa tenang bila berhadapan sesiapapun, tapi mengapa kini seolah Cik Nurhuda lah tidak mempunyai keyakinan berhadapan dengan sesiapapun!

Maafkan Cik Nurhuda to all my readers, enggan hati untuk berbicara kerana jiwa juga tidak mengetahui apa punca yang menjadikan diri hari ini serba tak kena. 
29 March 2011, merupakan hari peperiksaan Cik Nurhuda, namun...(sighs3x ~ !!)


Mak Abah, kamu sentiasa berada dalam diri anakmu selama ini, tapi entah mengapa terasa jauh diri terasing dari kamu! Mak Abah, bantulah anak mu ini yang sedang terkapai-kapai untuk berenang ketepian, jangan biarkan anakmu ini hanyut juga lemas dalam segala tipu daya dunia.

Allahuakbar ~ !! Cik Nurhuda berasa kehilangan sesuatu yang sangat Cik Nurhuda hargai!
Ingin sekali daku mencari kehilangan ini! Namun tidak lagi diri berdaya, kerana terlalu lemah dimamah bumi, dimamah ribuan fitnah!!!

Adakah inilah kehilangan kali kedua daku? Sejak kehilangan pertamaku dahulu? Pernah daku merasai kesakitan kehilangan itu, adakah ia akan membenarkan daku untuk merasai kesakitan itu untuk kali keduanya?

Seandainya hatinya ikhlas untuk menyayangi daku, tak akan begitu mudahnya untuk di biarkan daku merasai semula kesakitan dahulu...

Ya Allah, akulah hambaMu yang munafik... Daku mohon semoga sahaja diri ini sentiasa mendapat pengampunanMu!

Starbuck, The Garden. 26 March 2011.
3:00pm10:00pm.

2 comments:

  1. Salam..kesian gak dengar..cuba tenangkan diri dgn perbanyakkan zikir o solat sunat. Tak pun, cuba buat sesuatu yg boleh menyibukkan diri supaya tidak ada masa untuk bermenung.. apa2pun berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul..

    BTW, 29-3-2011 tu birthday Abg Long jd perasaan juga amatlah berbeza..hehe

    ReplyDelete
  2. Yang lebih mengetahui adalah DI Atas sana... Mungkin ini yang terbaik walaupun sedikit pahit untuk ditelan...

    ReplyDelete

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...