Assalamualaikum ...
Dengan penuh sabar aku menunggu traffic light turn green .. ahhh !! agak tension, kerana terlalu lama untuk menunggu lampu untuk bertukar ke hijau .. aku meliarkan mata, melihat sekeliling ku yang sesak entah mengapa terlalu ramai orang yang berkumpul pada suatu sudut itu, lalu aku dengan penuh perasaan curious aku, aku dongakkan kepala ...
"Allahuakbar ... " aku memuji penciptaku ....
Seorang tua lelaki cina baring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri, aku tak dapat berbuat apa, sedangkan aku tahu aku boleh melakukan bantuan kecemasan iaitu CPR .. namun, kerana keadaan sekelilingku, yang membuatkan aku sukar untuk menghulurkan bantuan, kerana motor yang dipandu hanya laju meluru ke hadapan, tanpa menghiraukan keadaan lelaki tua tersebut. Merintih hatiku, terlalu kejamkah aku hinggakan aku tak bisa menghentikan motor seketika?
Lagi hatiku berbisik, kasihan pada rakyat Jepun yang kini dalam kebuluran, dalam ketakutan. Yang kini mereka sangat memerlukan bantuan daripada negara luar. Aku ingin! Aku ingin berikan bantuan kepada mereka! Kasihan mereka! Namun, sejenak aku mengeluh ...
· Tak takut ke terkena radiasi?
· Apa akan jadi pada diriku?
· Tabahkah aku melihat airmata mereka?
· Tabahkah aku melihat kemusnahan mereka?
· Mampukah aku???
Ya Allah ... betapa ikhlasnya hatiku membantu mereka! teringin sekali aku ke sana untuk menghulurkan bantuan dengan nikmat yang kau berikan padaku. Semoga sahaja doaku mampu membantu mereka. InsyaAllah akan aku menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan aku kelak ...
Ahhh! jauh sekali fikiran ku melayang, yang sengaja aku hindarkan perasaan bersalah, dimana aku yang tidak dapat menghulurkan bantuan kepada lelaki tua yang berbangsa cina itu ... kejadian itu sangat-sangat menghantui fikiranku! Lalu aku mencuba untuk mendapatkan nasihat daripada Lecturer kesayangan ku, bagaimana harus aku hilangkan rasa bersalah ini?
"InsyaAllah, walaupun kamu tak dapat menghulurkan bantuan yang orang lain nampak, tapi kamu boleh kirimkan doa, kamu boleh jadikan ianya sebagai pemangkin kepada kamu untuk berusaha dengan lebih tekun agar kamu bisa membantu mereka yang memerlukan bantuan kamu ini... Saya tahu hati kamu ikhlas untuk membantu mereka tapi kamu harus ingat, sebelum membantu orang lain, pastikan diri kamu kini telah bersedia untuk menghulurkan bantuan. Inilah semangat dan ciri-ciri yang ada pada seseorang PHARMACIST! Saya agak bangga mempunyai pelajar seperti kamu! Teruskan berusaha, PHARMACY memerlukan PHARMACIST seperti kamu..."
Ya Allah ... semoga aku bisa kuat dengan segala ujianMu ini, semoga sahaja cita-citaku yang cerah, yang aku impikan sebagaimana diimpikan oleh kedua ibu bapaku ini tercapai dengan cemerlang! InsyaAllah ..
Old Town,
3:47pm
17/3/2011
takpe, next time kalau nampak macam tu lagi and ada peluang, boleh tolong :)
ReplyDeleteyee3x .. harap sgt2 .. insyaAllah ..
ReplyDeletehuhu...nak ke jepun ke?
ReplyDeletenak3x .. u nk tlg recommend ke mana sukarelawan?
ReplyDeletesori
ReplyDeletefont susah sket nak baca...
owhh .. okays .. noted .. :)
ReplyDeletewill be change later ..:)
xpe.. janji kitada perasaan simpati kn.. hope ada orang len yang berhenti membantu kn :)
ReplyDelete=) hope so .. :)
ReplyDelete