Saturday, April 16, 2011

Tawakkal 'Pretty'

Assalamualaikum...
Keheningan malam kini kian terasa, kegelisahan kini semakin ketara pada pandangan mereka, tidak lagi bisa untuk menyelindungkan dirinya daripada duka dan kesilapan  yang sering menghantui dirinya.

“Takut pada bayang-bayang sendiri” itulah ungkapan yang dia terima daripada seseorang yang pernah menyayangi dirinya. Mungkin kerana dirinya sering kali melakukan benda yang dia sendiri takuti untuk orang perlakukan pada dirinya.

Kesilapan itu tidak akan sesekali pernah dilupakan, kerana menurut hawa nafsu, dia sendiri telah menghukum dirinya sendiri untuk membatalkan segala-galanya. Kerana menurutkan hawa nafsu, ditunaikan juga janji palsu itu! Kerana janjinya itulah dirinya kini takut pada bayangan sendiri! Kini dia masih lagi menuntut janji itu, namun...

“Ahhhhh !” rengus hatinya yang kini kian serabut atas segala yang berlaku! “Cukuplah dugaanMu ya Allah yang telah menyebabkan aku membatalkan segalanya!” jelas sekali peristiwa itu benar-benar menghantui dirinya, yang selalu sahaja menjadi igauan tidurnya. Kasihani dirimu ‘Pretty’ usah lagi korbankan dirimu untuk sesuatu yang pudar, yang tidak jelas lagi padamu.

“Darahku menyirap ke kepala ku ini, larut ke seluruh badanku... menjadi terlalu payah untuk aku menenangkan diri sendiri. Betapa kini aku semakin jauh tersasar dari landasanNya, sedangkan ‘Astaghfirullah’ payahnya untuk aku beristighfar kepadaNya!”

Ternyata dirimu kini! Atas dasar apa cintamu sayang? Atas dasar cinta padaNya kah? Jawapan ada pada dirimu sendiri ‘Pretty’! Jika kau menyedari hakikatnya kini, muhasabahkanlah dirimu sebanyaknya ‘Pretty’ agar hidup senantiasa dalam keredhaanNya. InsyaAllah pasti hidupMu itu akan menjadi lebih tenang, lebih bahagia daripada apa yang pernah dikau bayangkan! InsyaAllah...

'Pretty’ Allah itu Maha Adil senantiasa berlaku adil kepada semua hambaNya, usah lagi dipendam dendam kesumatmu itu! Itu hanya akan mengotorkan hati yang sepatutnya bersih dari segala GERAMJI. insyaAllah jika bukan balasan di dunia yang penuh fantasi ini, AKHIRAT itu pasti! Tawakkallah andai telah kau berusaha untuk mencapai apa yang terbaik dalam diri. Berserahlah kepada Allah.  

Allah itu Maha Pengampun. Usah difikirkan lagi tentang segala yang bakal menyakiti dirimu, hatimu, juga jiwamu! Jauhi mereka yang sering menyakitimu, (sedangkan dirimu lebih layak untuk tulusnya CINTA ADAM) walaupun buat seketika, tenangkan hatimu daripada memikirkan segala tipu daya dunia, ambillah masa mu untuk kau bertenang, untuk kau memuhasabahkan. Untuk kau memutuskan apa yang terbaik buat dirimu!

'Pretty’ aku juga memahami dirimu! Kerana aku juga pernah mengalami yang sama seperti dirimu. Aku cuba untuk menasihatimu, membimbingmu agar tidak menjadi seperti dahulu! Adakah kamu ingin segala mimpi, hitamnya bayangan dirimu terus menghantui tidurmu juga harimu? Inginkah kamu berada dalam jurang hitam seperti dahulu?!

'Pretty’ kamu pernah menghadapi ini seketika dahulu, mengapa gagal untuk mengatasinya? Tabahkanlah hatimu! Cekalkanlah hati dari terus terpengaruh dengan segala pengaruh yang bakal mengorbankan dirimu!

Lihat ‘Pretty’ ! Lihat! Mereka tertawa melihatmu jatuh tersungkur dengan batu yang kamu sendiri letak ditengah perjalananmu yang seharusnya tidak wujud pun batu itu! Bangkitlah ‘Pretty’ usah biarkan dunia ini terus mentertawakan kebodohan dirimu itu! Buktikanlah kepada mereka bahawa semua itu bukan kehendakmu, buktikanlah kepada mereka bahawa segala tomahan yang mereka baling padamu itu adalah tidak benar! Bangun sayang! Pulangkan dirimu sayang!

3 comments:

  1. dah abih exam jom jalan2 kasi free otak tuh

    ReplyDelete
  2. apa pun dugaan Illahi, hadapinya dgn senyuman :) n yg pnting, sabar :)
    kan Allah da berfirman;
    "khabarkan berita gembira kepada org2 yg sabar"

    ReplyDelete

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...