Thursday, November 7, 2013

Wife and Mom-to-be

Assalamualaikum...

Apa khabar blogger, pembaca semua? Harap sihatlah kehendaknya. Memandangkan masih ramai yang keliru dengan status saya, lebih baik saya perjelaskan semuanya sebelum menimbulkan apa-apa fitnah. Tak pasal-pasal kang ada yang free ja buat dosa. Yes, memang lama sangat dah saya tak buat new entry sejak berapa bulan yang lepas, kalau dulu my stats view selalu je ada yang visit per day, sekarang mak aihhh.. memang merosot dah the statistic.

Memanglah busy sekarang ni, sejak dah bergelar isteri orang memang jarang sangat ada masa nak buka blog untuk post entry baru. Actually saya dah bernikah pada tahun ini iaitu pada 29th June 2013, Alhamdulillah! So kepada sesiapa yang masih lagi tertanya-tanya dengan status diri saya, hopefully korang dah dapat answer here. ^_^ 

Alhamdulillah bergelar menjadi isteri orang lagi memberikan banyak ketenangan daripada sebelumnya, lebih banyak memberikan kesedaran kepada diri ini betapa berharganya kita sebagai wanita. Syukran Ya Allah kerana mengurniakan hambaMu ini seorang suami yang sangat-sangat penyayang! Takbir! Seorang suami yang banyak membimbing dalam apa jua hal. Amboi! puji melambung-lambung! STOP!

Let's talk about the second stage of my marriage. Rezeki Allah pada saya memang tak pernah putus, lebih-lebih lagi sejak mendirikan rumah tangga ni. Rezeki saya dan suami sentiasa murah, Alhamdulillah. syukran jazillan ya Allah! 

Hati suami isteri mana yang tak gembira kan bila diri bakal bergelar seorang ibu dan ayah kepada baby tomey yang bakal lahir. Pengalaman pertama untuk bergelar sebagai seorang isteri dan ibu memang banyak cabarannya, di mana segala cabaran ini yang membuatkan saya terus kuat berdiri sebagai hambaNya, sebagai umat Rasulullah, sebagai isteri dan juga sebagai ibu! Ya Allah tegarkan hatiku agar bisa aku menempuh segalanya dengan redha dan sabar. Amin.

Well, I think that's pretty enough to confessed too :)
Sehingga kita jumpa lagi for the next entry.

2 comments:

  1. Replies
    1. (sekarang bulan brape) *dok pk jap
      haha! yang ni lawak..

      Delete

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...