Assalamualaikum
“Nak, belajar bagus-bagus. Ini semester akhir kamu, bersabar dan tabah untuk menghadapi segala ujian, semua tu sementara...”
Dengan kucupan mesra melayang ke pipi abah dan juga mami sambil mencium tangan mereka sebelum masuk ke imigresen. Berat kaki melangkah, namun perjuangan ini harus diteruskan, semoga berkat daripada Allah S.W.T, mengiringi perjalananku dalam mencapai cita-citaku yang selama ini aku impikan untuk menjadi seseorang yang berjaya di dunia juga akhirat.
Abah selalu berpesan,
“Buat baik kepada kedua ibu bapa. Jangan sesekali menderhakai abah dan mami. restu orang tua tu sangat penting! Sekali tak dapat restu orang tua, tak selamat dunia akhirat. Pegang cakap abah ni, tanam dalam hati...”
Syukran ya Allah kerana mengurniakan aku abah dan juga mami. Mereka sangat-sangat aku cintai, lebih daripada nyawaku sendiri. Wang ringgit untuk mereka bukanlah apa yang mereka harapkan, betapa mereka mencintai diriku. Hanya ingin melihat kejayaanku, hanya inginkan kebahagiaanku, keselamatanku di dunia juga akhirat. Kasih sayangku terhadap mereka masih tidak dapat ditandingi oleh cinta dan sayangku ini. Baru kini aku sedari hikmah yang kau berikan kepada diriku untuk merantau ke sini. Baru kini aku sedari betapa besarnya kasih mereka, betapa berharganya mereka buat diriku Ya Allah, semoga syurga bagi mereka. insyaAllah!
“Dik, tolong tunjukkan IC dan juga tiket kamu?”
“Dik...dik...dik...” bergoncang bahu terasa kerana seseorang yang berada di belakangku telah menyedarkan aku dari segala khayalan ku.
“Eh, maaf, ni dia...” pasti merah padam muka ku ketika itu.
Sehingga orang yang berada di belakangku yang menyedarkan aku. Ah, jauhnya khayalan ini membawa diriku. Aku tinggalkan kaunter imigresen dan masuk ke Gate 2, untuk meneruskan penerbangan dari Tawau ke KL yang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang memakan masa selama 2jam 45minit.
Aku harap Kuala Lumpur tidak mengalukan kedatanganku ini. Sepanjang perjalanan bibirku sentiasa basah dengan berselawat, beristigfar agar aku bisa tegar dalam menghadapi cabaran hidup di Kuala Lumpur. ‘Walau ke mana pun menggembara, jika tahu untuk bawa diri... insyaAllah.’ Aku bermonolog sendirian didalam hati. Yang penting kuatkan semangat, sahutlah sentiasa panggilanNya, agar keberkatan di dunia juga akhirat mengiringi perjalanan kehidupanku.
Semakin gelap kelihatan, mata semakin rapat tertutup... oh, betapa aku merindui saat itu! Pantun dijual dan dibeli untuk merisik. Kedengaran sehingga ke dalam bilik di mana aku di solek oleh mak andam. Apabila kedua pihak bersetuju, aku dipanggil keluar. Cincin disarungkan dijari manisku oleh bakal ibu mertuaku tanda aku sudahpun menjadi tunangan orang. Alhamdulillah. Malam itu semua keletihan untuk membersihkan kenduri pertunanganku itu, namun keletihan itu tidak dapat dirasai kerana lawak jenaka si dia sentiasa menghiburkan hati family dan juga diriku. Namun semua itu...
Aku tersedar dari igauan yang sentiasa menghantui diri juga fikiran, orang yang berada disebelahku menyatakan bahawa kami sudah selamat tiba di KLIA. “Alhamdulillah...” itulah ungkapan yang telah melenyapkan segala igauan tadi. Dengan cermat aku mengatur langkah untuk berjalan ke ruangan ‘Tuntutan Bagasi’.
Aku telahpun tiba di sini, Kuala Lumpur yang masih menjadi igauan fikiran antara tidur dan jaga. Kaki melangkah mengikut informasi yang dihantar oleh neurone kepada otak ku yang kini sedang memikirkan untuk ke ‘Tuntutan Bagasi’.
Alhamdulillah... selamat tiba ke hostel. Badan terlalu penat, otak sudah sakit memikirkan segalanya, mata kian tertutup, dan akhirnya gelap.
p/s: Jari Cik Nurhuda hanya tolong menaipkan apa yang berada di dalam hati, juga sedang menukarkan segala rasa ke dalam satu ceritera.
Wasalam.
Old Town White Coffee
4:03am.
4:03am.
cuba untuk memahami... tapi tak faham... rasanya tak perlu faham kot...
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletepenat sangat laa tu.sampai tertido..
** folo ur blog..
cik huda balik hostel die and terlelap mimpe die kawain?
ReplyDelete=)
wee~
haha.. klu xfhm, baca lagi .. mesti fhm daa.. :)
ReplyDelete