Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

.. Assamualaikum ..
Kami hanya anak kecil yang baru belajar untuk merangkak,

Kami hanya anak kecil untuk yang berusaha menggapai apa yang menarik pandangan kami.

Kami hanyalah remaja yang baru sahaja belajar melangkah untuk masuk ke dunia sebenar.

Kami hanyalah remaja yang baru sahaja belajar untuk meneroka tebalnya hutan perjuangan,

Kami hanyalah remaja yang baru sahaja belajar untuk berenang naik ke permukaan laut untuk melihat dunia milik Allah ini.

Kadangkala,

Setiap kata yang keluar untuk berbicara tidak disedari apa akibatnya,

Kadangkala,

Setiap tingkah laku yang dilakonkan tidak tersedar apa kelak yang akan terjadi,

Kadangkala,

Kami hanya menurut kehendak hati, kononnya apa yang kami buat semua betul,

Kadangkala,

Kami memikirkan bahawa kamu yang ketinggalan zaman,

Namun,

Kamu lebih dahulu untuk merasa asam garam di dunia.

Namun,

Kamu lebih dahulu tahu untuk mengenali tingkah laku seseorang terhadap kami,

Namun,

Kamu yang membesarkan kami, lebih mengenali diri kami, lebih mengetahui perasaan kami ini.

ITULAH REALITINYA NALURI SEORANG MAMI DAN ABAH.

Tapi,

Semua itu seringkali kami tidak sedari.

Sehinggalah kini baru kami menyedari betapa berharganya erti MAMI dan juga ABAH dalam hidup ini.

Jika bukan kerana dirimu bergelar MAMI dan ABAH, pasti karenah kami tidak terdaya untuk kau melayannya.

Ya Allah semoga syurga buat mereka berdua... jadikanlah kami ini anak-anak solehah yang sentiasa berbuat baik kepada kedua orang tua kami, dan sentiasa mentaati mereka, semogalah juga kami adalah kebahagiaan bagi kedua ibu bapa kami.

Selamat Hari Ibu Mami ... J

Amin.

.. Wasalam ..

p/s: 


~ Moga belum terlambat untuk kita senantiasa memohon kemaafan mereka ... 


~ Hargailah mereka selagi Allah masih pinjamkan hidup buat mereka.


~  Renungkanlah sendiri apa pengorbanan yang telah kita lakukan buat mereka ...


~ (Akan tetapi tak akan ada bisa kita lakukan untuk membalas jasa mereka)


~ Mohonlah kepada Allah, kerana hanya Dia sahaja yang mampu membalas jasa kedua ibu bapa kita.


~ Click my nuff ... sory guys, dah lama tak update blog .. Cik Nurhuda suk tulis ikut mood ..  ok lah, always tinggalkan jejak, nanti Cik Nuhuda akan jejak jugakk no worryss .. :P

13 comments:

  1. semua org syg mak kan .. :P hargai mereka, tats d best kan ? :)

    ReplyDelete
  2. yes hans .. u're absolutely correct .. there's no special day for our mom .. bcoz everyday is their day :)

    ReplyDelete
  3. nice ! sme2 kita muhasabah diri.kesilapan pd mereka jgn diulangi..mereka lah satu-satunya org yg pling bermkna dlm hdup.insyaALLAH,=)

    ReplyDelete
  4. bagus2! yaa .. sama2 kita muhasabahkan diri kays .. hargai mereka selagi mereka masih ada :)

    ReplyDelete
  5. selamat hari ibu untuk ibu huda ye.. :)

    ReplyDelete
  6. sayu je hati bila baca entry ni.

    sedih mengenangkan pemergian ibu tercinta 10 tahun yang lalu. huhu.

    ReplyDelete
  7. @.m y z.
    Al-fatihah buat ibu myz .. chil3x :)
    hidup pastinya berpenghujung kan?
    kita yg hidup ni, tabahkanlah hati doakan mereka moga mereka bahagia d akhirat sana :) doa anak2 yg soleh kan terbaik utk mereka? :) sama2 kita doakan :)

    ReplyDelete

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...