Tuesday, July 5, 2011

Salahkah Takdir?

Kecelaruan perasaan kini kian menghimpit diriku

Akan aku menapak pada yang ku pijak!

Walau apapun yang datang menghasut diri!

Tapi ... perasaan itu begitu sukar hendak aku bendung!

C.I.N.T.A? hahaha ...

Tidak mungkin aku jatuh kepadanya lagi!

Tidak mungkin aku menyembah semula cinta itu, M.U.S.T.A.H.I.L !

Ya Allah,

Apa niatku masih tulus suci seperti dahulu, ingin menjauhkan semua itu?

Subhanallah ... Ya Allah .. ampuni dosaku ini ...

Kesemua ini ketetapanmu,

Ampunilah hambaMu ini yang sering menyalahkan ...

Memang aku tidak ingin dihantui perasaan itu lagi! Lindungilah aku ya Allah ..

Jauhkanlah aku dari segalanya ..

Sesungguhnya apabila diri ini datang dekat kepadaMu,

Sentiasa sahaja Iblis Laknatullah menghalang perjalananku..

Tetapkanlah nawaituku, tetapkanlah keimananku..

Aku takut, aku gelisah...

Kerana terasa diri ini rapuh untuk berdiri sendiri..

Telah jauh aku berlabuh ke lautan hitam...

Berikanlah daku sinar,

Suluhkanlah perjalananku ini...

Agar bisa aku kembali ke pelabuhanmu...

Ya Allah... jika semua ini ketetapanku yang telah tertulis,

Maka aku redha ya Allah ...

Sesungguhnya tidak kau jadikan sesuatu itu tanpa sebab...

Tidak engkau berikan ujian ini kepadaku

Sekiranya engkau tidak mengetahui kemampuanku menghadapinya...

Dan kerana kasihMu padaku,

Ujian ini buatku ..

Syukran Jazillan Ya Allah ..



5 comments:

  1. @Nasriq
    insyaAllah en. NasriQ :-)
    thx sudi jadi komentar sy yg setia ... :-)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Allah sentiasa maha mendengar, maha penyayang, dan maha mengetahui..moga2 termakbul doa anda ini..amin. :)

    ReplyDelete

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...