Thursday, November 7, 2013

Wife and Mom-to-be

Assalamualaikum...

Apa khabar blogger, pembaca semua? Harap sihatlah kehendaknya. Memandangkan masih ramai yang keliru dengan status saya, lebih baik saya perjelaskan semuanya sebelum menimbulkan apa-apa fitnah. Tak pasal-pasal kang ada yang free ja buat dosa. Yes, memang lama sangat dah saya tak buat new entry sejak berapa bulan yang lepas, kalau dulu my stats view selalu je ada yang visit per day, sekarang mak aihhh.. memang merosot dah the statistic.

Memanglah busy sekarang ni, sejak dah bergelar isteri orang memang jarang sangat ada masa nak buka blog untuk post entry baru. Actually saya dah bernikah pada tahun ini iaitu pada 29th June 2013, Alhamdulillah! So kepada sesiapa yang masih lagi tertanya-tanya dengan status diri saya, hopefully korang dah dapat answer here. ^_^ 

Alhamdulillah bergelar menjadi isteri orang lagi memberikan banyak ketenangan daripada sebelumnya, lebih banyak memberikan kesedaran kepada diri ini betapa berharganya kita sebagai wanita. Syukran Ya Allah kerana mengurniakan hambaMu ini seorang suami yang sangat-sangat penyayang! Takbir! Seorang suami yang banyak membimbing dalam apa jua hal. Amboi! puji melambung-lambung! STOP!

Let's talk about the second stage of my marriage. Rezeki Allah pada saya memang tak pernah putus, lebih-lebih lagi sejak mendirikan rumah tangga ni. Rezeki saya dan suami sentiasa murah, Alhamdulillah. syukran jazillan ya Allah! 

Hati suami isteri mana yang tak gembira kan bila diri bakal bergelar seorang ibu dan ayah kepada baby tomey yang bakal lahir. Pengalaman pertama untuk bergelar sebagai seorang isteri dan ibu memang banyak cabarannya, di mana segala cabaran ini yang membuatkan saya terus kuat berdiri sebagai hambaNya, sebagai umat Rasulullah, sebagai isteri dan juga sebagai ibu! Ya Allah tegarkan hatiku agar bisa aku menempuh segalanya dengan redha dan sabar. Amin.

Well, I think that's pretty enough to confessed too :)
Sehingga kita jumpa lagi for the next entry.

Saturday, May 4, 2013

Dah Expired!!

Assalamualaikum...

Nighty-night!  Lama sangatlah tak update blog! Cik Nurhuda baru sahaja sembuh. Alhamdulillah now dah okay.. Selama tak updating blog selama setahun dulu, Cik Nurhuda dah macam kaku nak taip apa kat keyboard nih. Orang kata untuk menjadi seorang penulis blog yang hebat, kena selalu tak lekang untuk updating blog, sentiasa kena banyak ilham, orang kata begitulah.. Betul ke? Yelah, kalau takde ilham nak writing pasal apa, memang jawabnya menulis macam rumusan yang tak ada point langsung-lah jawabnya! 

Okay! Next time memang kena bawa nota pad kecil yang comel seperti S Note 2. Sesuai tak? Macam leceh la pulak kena keluarkan Pen, tulis-tulis, padam. Wasting my time! Better buat Audio record kan? Any point yang terjadi each week je record. Isi-isi pentinglah katakan, takdelah nanti merangkak-merangkak nak tekan keyboard. Sebab semua isi dah ada, tinggal nak huraikan sahaja. Macam Cik Nurhuda tengah update post lah ni, merangkak nak tekan keyboard. Kena baca balik from the top sampai point nih, kena berfikir nak sambung apa lagi?! Okay, tak lawak.


Sambung benda lain boleh? Okay. "Sila abaikan, Girl comel yang tengah menaip nih, dia tengah bermonolog sendirian". Ahh! Okay, Straight to the point! 


"Apa, baru nak masuk isi cerita? Kesian para readers nih, dari tadi dok tunggu mana klimaks cerita nih?"

Okay, this is the story.


Disebabkan terlalu nervous dengar about pilihanraya ni, Cik Nurhuda decide nak jalan-jalan dekat Mid Valley

Monolog dalaman: What, korang nampak Cik Nurhuda? Ala! Why tak tegur je boleh Cik Nurhuda belanja korang makan *Sila refer gambar dibawah*

sambil menikmati 'Si Comel makanan Cik Nurhuda' oh, sungguh panjang nama makanan Cik Nurhuda ni kan.. 


Hah? Apa dia? "Pinjam monolog Azhar Sulaiman OKAY!

Yes, inilah Mint Chocolate by Baskin Robbin. 




Manfaatkan gap masa sementara nak tunggu show pada pukul 5.45PM. Yelah berbaris untuk beli ticket wayang pada pukul 2.30PM terlalu banyak gap masa tuh, so demi mengisinya dengan benda yang menarik, Baskin Robbin-lah jadi pilihan!

Show apa? IRON MAN 3D o.k.a.y! Nak proof? Can ma!


Cerita sangat awesome, anyway Cik Nurhuda tak nak ulas banyak-banyak pasal movie nih kat blog, korang should buy and watch the movie now! Cerita nih habis around 8PM I guessed, keluar-keluar dari Mid Valley dah malam, so I drive my self home. Singgah to '7 Eleven' kejap mi segera perisa ayam teringin sangat! Dah masak pun!


Cik Nurhuda pelik apa yang rasa macam tak sedap nih, sebelum nih masak selalu sedap je siap boleh masak lagi sekali kalau dah sedap! Then Cik Nurhuda pun musykil about rasa mi segera ni, so Cik Nurhuda pun check la packaging mi segera ni, and guess what??? Here's attached together with these post!!


Yes, that's it because now started sakit perut!

Nighty-night! ^_^

Sunday, April 28, 2013

B.Sc. (Hons) (Biomedical Science)

Assalamualaikum ..

Cik Huda nak meroyan lagi kali ini? Entahlah .. Terlalu banyak isi-isi cerita dekat dalam kepala ini, tapi tak reti sangat nak menghurai, sebab banyak sangat! Selama 4 hari tak update cerita langsung in this blog, and apa yang happen between these 4 days just a normal cycle as my life goes on. So tak tahu nak cerita yang comel ke, yang tak comel ke... I choose to talk about benda tak comel!

Hari ini Cik Huda nak bercakap mengenai Biomedical Sciences. Cik Huda really wondering why is that this profession not really develop in our country compared to the other country. The nearest example to talk to is, Singapore. Dekat Singapore banyak sangat student Malaysia yang taking this subject akan working kat sana, adakah sebab the job opportunity? Salary? Hmm, entah Cik Huda tak dapat jawapan lagi, tu dok pikiaq ja ni.

Biomedical Sciences, banyak field boleh masuk. After taking this degree, you can choose to further your study to next level or just to work. Dari apa yang Cik Huda tahu, kalau nak study lagi, B.Sc. (Hons) (Biomedical Science) ni boleh buat MBBS. Kenapa tak dapat sambutan untuk student kat Malaysia nih? Kalau nak kerja, jadi Pathology boleh, jadi Forensic boleh, jadi scientist boleh. Wide jugak kan peluang kerja B.Sc. (Hons) (Biomedical Science) ni boleh buat MBBS. Choose the best-lah for your dreams!

Recently Cik Huda ni banyak sangat berfikir. Benda macam ni boleh terfikir walaupun tak ada kena mengena langsung! ツ 



whatever it is, Cik Huda tetap nak share this link to uolls! Beautiful Nighty-night from Cik Huda! 

http://www.imu.edu.my/imu/index.php/programmes/undergraduate/biomedical-science












Wednesday, April 24, 2013

Kalut Sangat!

Assalamualaikum semua..

Apa khabar saudara-saudari semua? Semua pelik kan, tetiba pulak Cik Huda nih rajin nak compose a new post'. Tengah-tengah mood rajin ni kan manfaatkanlah sebaiknya kan. Hari ini Cik Huda nak post mengenai kesilapan Cik Huda yang memang nampak sangat kekalutan dalam diri sendiri. Heww Malewww okayyy...

Hari ini Cik Huda terima surat tawaran daripada International Medical University (IMU). Mula-mula Cik Huda tak perasan sangat apa yang tak kena dengan surat nih baca lah sesedap perasaan. Bercampur baur dengan perasaan gembira dan terharu, Cik Huda kongsikan berita kegembiraan ini dengan Abah dengan Mami Cik Huda (Baca Full nih!) tiba-tiba tersekat nak baca dekat part Commencement Date: 30 September 2013!

What?! It's almost end of the year! No!!! I want the JULY 2013 intake! Not SEPTEMBER 2013 intake!
Cik Huda baru tersedar yang Cik Huda telah salah isi tarikh kemasukan semasa nak memohon haritu!
Pantas jari jemari mendail nombor telefon IMU nak tukar the Commencement date.

Fuhh! Alhamdulillah boleh transfer to JULY intake. The thing is, latest by tomorrow only I can the offer letter. Hopefully everything will be fine as I really want to complete my study here! Not really complete actually.. 

Tuesday, April 23, 2013

Keputusan Hasil Undi PRU 2013

Assalamualaikum semua .. XD

Lama sungguh tak update blog comel nih, dah bersarang dibuatnya. Anyway sebagai post terbaru untuk bulan ini, Cik Huda lagi berminat untuk berkongsi mengenai Pilihanraya yang ke-13 ini. Mana tak nye Cik Huda tertarik, hampir kesemua kawasan kali ini ditandingkan, pastinya PRU 13 ini lagi sengit dari sebelumnya bukan?

Tengah syok layan Facebook's News Feed mata Cik Huda tertumpu kepada satu page ni yang updated mengenai keputusan PRU 13 pada 1.37pm, 23 April 2013, yang mereka perolehi daripada iPhone Apps 'JustUndi'. Melalui keputusan itu, saudara saudari pandai-pandailah nilai sendiri ye ..

Negara kita amalkan sistem demokrasi kan ..

We have our own opinion, it's all in your hand which to decide to drive us to develop country. Talking about the 'Develop Country', it makes me remember someone's who's always talking about the develop country to me, asking me "Do Malaysia can be say as Develop Country?"

Cik Huda rasa dah cukuplah sekadar ini sahaja Cik Huda meroyan .. XD
Sebagai santapan minda pada pagi ini, jom tengok gambar ni ...


Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...