Thursday, March 17, 2011

That's ur GoaL Babe ~ !!



Assalamualaikum ...

Dengan penuh sabar aku menunggu traffic light turn green .. ahhh !! agak tension, kerana terlalu lama untuk menunggu lampu untuk bertukar ke hijau .. aku meliarkan mata, melihat sekeliling ku yang sesak entah mengapa terlalu ramai orang yang berkumpul pada suatu sudut itu, lalu aku dengan penuh perasaan curious aku, aku dongakkan kepala ...

              "Allahuakbar ... " aku memuji penciptaku ....

Seorang tua lelaki cina baring di atas jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri, aku tak dapat berbuat apa, sedangkan aku tahu aku boleh melakukan bantuan kecemasan iaitu CPR .. namun, kerana keadaan sekelilingku, yang membuatkan aku sukar untuk menghulurkan bantuan, kerana motor yang dipandu hanya laju meluru ke hadapan, tanpa menghiraukan keadaan lelaki tua tersebut. Merintih hatiku, terlalu kejamkah aku hinggakan aku tak bisa menghentikan motor seketika?

Lagi hatiku berbisik, kasihan pada rakyat Jepun yang kini dalam kebuluran, dalam ketakutan. Yang kini mereka sangat memerlukan bantuan daripada negara luar. Aku ingin! Aku ingin berikan bantuan kepada mereka! Kasihan mereka! Namun, sejenak aku mengeluh ...
·       Tak takut ke terkena radiasi?
·       Apa akan jadi pada diriku?
·       Tabahkah aku melihat airmata mereka?
·       Tabahkah aku melihat kemusnahan mereka?
·       Mampukah aku???
Ya Allah ... betapa ikhlasnya hatiku membantu mereka! teringin sekali aku ke sana untuk menghulurkan bantuan dengan nikmat yang kau berikan padaku. Semoga sahaja doaku mampu membantu mereka. InsyaAllah akan aku menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan aku kelak ...

Ahhh! jauh sekali fikiran ku melayang, yang sengaja aku hindarkan perasaan bersalah, dimana aku yang tidak dapat menghulurkan bantuan kepada lelaki tua yang berbangsa cina itu ... kejadian itu sangat-sangat menghantui fikiranku! Lalu aku mencuba untuk mendapatkan nasihat daripada Lecturer kesayangan ku, bagaimana harus aku hilangkan rasa bersalah ini?
          
               "InsyaAllah, walaupun kamu tak dapat menghulurkan bantuan yang orang lain nampak, tapi kamu boleh kirimkan doa, kamu boleh jadikan ianya sebagai pemangkin kepada kamu untuk berusaha dengan lebih tekun agar kamu bisa membantu mereka yang memerlukan bantuan kamu ini... Saya tahu hati kamu ikhlas untuk membantu mereka tapi kamu harus ingat, sebelum membantu orang lain, pastikan diri kamu kini telah bersedia untuk menghulurkan bantuan. Inilah semangat dan ciri-ciri yang ada pada seseorang PHARMACIST! Saya agak bangga mempunyai pelajar seperti kamu! Teruskan berusaha, PHARMACY memerlukan PHARMACIST seperti kamu..."

Ya Allah ... semoga aku bisa kuat dengan segala ujianMu ini, semoga sahaja cita-citaku yang cerah, yang aku impikan sebagaimana diimpikan oleh kedua ibu bapaku ini tercapai dengan cemerlang! InsyaAllah ..

Old Town,
3:47pm
17/3/2011

Tuesday, March 15, 2011

Assalamualaikum ...
©            ©  Cik Nurhuda ada assessment for tomorrow ... Alhamdulillah still remember, so tngok sepintas lalu macam tu je .. J
©           ©   Because all inside my head .. tinggal nak muntahkan atas paper je esok .. :P InsyaAllah ...
©    Esok soalan yang may be ask Lozenges and Capsules .. J (tau je kan soalan ni yang akan disoal :P)
©            ©  To those yg need Lozenges n Capsule yang Cik Nurhuda buat, bolehlah anta request anda dengan comment my entry ni .. J
©    Apakah jadahnye Cik Nurhuda ni melalut kat sini? (sedar diri la jugak melalut .. )
©    Huwaa ~ !! maklumlahh .. kalau dah tension inilah kejadian yang bakal menimpa diriku .. huk3x..
©    Banyak kerja woo nak buat .. esok pulak ada presentation .. Alhamdulillah da siap jugakkk ngee3x .. J
©    Rajinkan Cik Nurhuda .. :P tak seperti sangkaan orang ramai .. :P (keperasanan keperasaan kemelandaan kedirian Cik Nurhuda)
©    My dad always said to me n my young brothers n young sisters that
o   “Kamu ni bukan tak pandai, pandai memang pandai, satu sikap dalam diri kamu semua ni, PEMALAS”
©    Ku akui apa yang Abah katakan itu sememangnya benar, kerana itulah kami jadi anak Abah J
©    (If my Dad baca, confirm telinga kena pulas .. :P)
©    Okay lah, Cik Nurhuda da tak tahu nak merapukan benda apa lagi .. :P
©    SO, BEFORE U GUYS CHAWWW;
©    Tolong click my Nuff kays .. J
©    Please comment J
©    Salam sayang .. to all my readers, to all my followers .. teruskan aktiviti follow – memollow anda itu .. J (GAMBATE3X ~ !!)

Sunday, March 13, 2011

WeekenD ..

Ngee3x .. ni Huda nk share sedikit about myself during weekend niii .. J

©©© Gelagat Cik Nurhuda pada hujung minggu ©©©

©    Jumaat:
a.  Merupakan hari weekend bagi aku. So, suka hatilah nak tido pukul bape .. (ganaih ayat :P)

©    Sabtu:
a.  Tido x ingat dunia minah ni ~ !!
b.  Haram jadah aku nak bangun pukul 6am (terkantoi sudah x buat subuh .. :P)
c.  Pukul 12:20pm aku akan bangun tido .. (huihsss! Minah ni .. x senonoh perangai .. cam ne la rezeki nk masuk Cik Nurhuda sayang ... :P)
d.  Aku akan menghadap lappy sampai pukul 3pm, bcoz nk harvest, nk collect money kat CityVille .. J
e.  Mandi pukul 3:30pm
f.  Merupakan hari puasa aku. Why?
g.  Because aku tak akan keluar rumah ...
h.  Aku hanya akan menghadap lappy sampai rasa haus.
i.  Minum air, makan magi ... J
j.  Dah penat, off lappy tido .. zzzZZZ

©    Ahad:
a.  Lebih kurang samalah aktiviti hari ini seperti hari sabtu .. J
b.  Cuma sebelum tido;
c.  Iron baju, kiwi kasut, prepare notes, prepare stoking .. J
d.  Merengek kejap kat my family sebelom tido .. J

©      Itulah schedule Cik Nurhuda kita during weekend ... J
©      At least aku jujur nak bagitau aktiviti aku semasa hujung minggu ..
©      Da baca tolong click my nuff and;
©      Tolong comment ekk ..
©      Comment negative sangat2 dialukan .. J
©      Comment positive pun sangat2 dialukan .. J

Sekian, wasalam ..

Friday, March 11, 2011

Kaspersky

Assalamualaikum ..

Huda tak pernah untuk post entry dua kali dalam sehari .. tapi Huda selalu bertangguh untuk post new entry :)

Hahhhsss !!

Cik Nurhuda sekarang tengah mengalami kebengangan dengan anti virus yang kononnye the best! (dan2, buat aku sakit hati)

Ohh Kaspersky, apa yang kamu lakukan sehingga Cik Nurhuda ni menjadi bengang?

"Usah ditanya Kaspersky, tanyalah tuan empunya"

Kenapa Cik Nurhuda?

"Bila aku bagi off aku nye kaspersky, baru boleh buka aku nye Facebook, bila aku on jerk, HARAM JADAH aku nk buka Facebook!"

Ada sesiapa tak yang boleh tolong Cik Nurhuda kita ni???

"OMGeezers please - lah help me, to those yg memang memahami pasal2 antivirus ni semua ~ !!!

Mengenali simptom keputihan yang boleh mengakibatkan pra kanser rahim

Assalamualaikum .. hai3x ..


~ Tgh2 syok cari info untuk assignment, Huda pun tertarik dengan topik ni, so Huda igt nak amek tajuk             ni untuk d present depan lecturer next week, dalam masa yg sama huda nak share to my blog .. "sharing is caring" :)
~ Ni dia entry about Kanser Rahim .. :) hope u guys enjoy reading .. :)
~ Jangan lupa untuk copy paste :) share with others .. :)




Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu akan dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan itu :


1-Simptom 1
-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
-Penyebabnya ialah kulat Candida sp
-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli



2-Simptom 2 
- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin



3-Simptom 3
-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.



Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan



1-Pada masa yang subur
-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.



2-Ketika hamil
-Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.



3-Saat terangsang
-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.



4-Berat badan yang berlebihan
-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.



5-Minum antibiotik dalam dos tinggi
-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.

Sunday, February 27, 2011


Biar aku sentuhmu …

Berikanku rasa itu, pelukmu, kasihmu
Yang dulu pernah ada buat diriku
Namun ku tak bisa paksamu untuk tinggal di sisiku
Walau aku yang selalu sakit dengan perbuatanmu …
Namun, kalau sudah kau ingin pergi,
Katakan padaku, dan jangan kau sesali itu,
Ku tak yakin ku kan mampu hapus rasa sakitku …
Ku selalu perjuangkan cinta kita, namun apa salahku
Hingga aku tak layak untuk mendapatkan kesungguhanmu
Dalam memiliku ku? 

Karena Ku Sanggup - Agnes Monica

Wednesday, February 23, 2011

Sunday, February 20, 2011

Handal ke korang nye keyboard?



Assalamualaikum ..

Hari ini I would like to share to u guys to know either your keyboard okay or not, berkualiti ke atau tidak  J

Anda hanya perlu menaip perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog” tetapi dengan cara-cara berikut :

1.       Buka notepad anda.
2.     Tekan dan tahan tombol shift kiri dan shift kanan.
3.     Taip perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog”. (Ingat tombol shift kiri dan shift kanan jangan dilepas).
4.     Lihat apakah tulisan yang keluar lengkap sesuai dengan kata-kata di atas atau ada huruf yang hilang.
5.     Semakin banyak huruf yang tidak keluar, maka semakin buruk kualiti keyboard anda.

Mengapa harus menulis perkataan “the quick brown fox jumps over the lazy dog” ?

Kerana kata-kata tersebut merupakan sebuah perkataan yang berisi semua huruf dalam alfabet yang biasa digunakan untuk menguji mesin taip dan keyboard komputer, dan dalam aplikasi lain yang melibatkan semua huruf dalam abjad Inggeris.

Selamat mencuba Guys J

Friday, February 18, 2011

Gout Arthritis

Assalamualaikum ...

Dayang memang agak tertarik sebenarnya dengan tajuk untuk entri Dayang pada kali ini. Kerana, topik ini baru sahaja Dayang pelajari pada hari ini. Topik ini adalah under Pharmacology subject... memang best gler, lecturer yang ajar pun lecturer slumber, relax, and the most important is, he's my Idol =] thank you very much sir! =]

Hah, what i'm gonna talking about is the problem with our joint, so read carefully when u want to take care of ur health okays? :P (Buat gaya kerek macam Doctor tgh explain to the patient)

(nak explain BI ke BM nih?) BM la senang, orang Nepal pun boleh faham kan? :P

Gout Arthritis ialah serangan dimana kesakitan yang amat luar biasa berlaku pada sendi kita. tak kira lah mana-mana sendi pun yerr .. keadaan ini disebabkan amount of Uric Acid (Asid Urik atau Urate) yang terlalu tinggi pada sendi-sendi kita.

Mana pula lah datangnye Uric Acid ni ekk??


Urik Acid ini datangnye daripada tubuh badan kita yang apabila tubuh badan kita mensintesiskan purin.
ohhh .. itu macam kaa?? dari mana pula purin ni datang??
hahhh .. Purin ni datangnye dari pemakanan kita sendiri.

Antara contoh makanan yang mengandungi Purin ialah:


Hahhh .. i siap bagi gambar yang comel lagi tuhh! :P

Ini pulak merupakan chart mengenai penukaran Purin ke Asid Urik

 Purine à Hypoxanthine à Xanthine à Uric Acid
 â         â
      Xanthine
      Oxidase



Korang faham tak apa yang chart kat atas ni cakap?? yeahhh!! my En. Zack da awal-awal cakap x faham!! terimasS! :P

Macam ni ...
1.   Purine ni datangnye dari pemakanan kita, macam contoh makanan yang Dayang bagi kat gambar atas nilah, apabila badan kita da synthesize purine,
2.  Maka purine akan d convert ke Hypoxanthine,
3.  Dengan kehadiran enzyme xanthine oxidase hypoxanthine akan ditukarkan kepada xanthine, e
4.  Enzyme xanthine oxidase juga akan ambil alih dalam conversion of the uric acid.

Hahhh .. da faham belom??

Apabila amount of uric acid da high in our body, then ianya akan berkumpul seperti sebesar manik didalam sendi-sendi kita, bayangkanlah apabila ada sebiji manik kat dalam sendi kita, tentu sakit bukan? Apabila kita merasa sakit, maka itulah yang di panggil Gout Arthritis! =] 

So, pandai2lah seimbangkan kandungan Purine dalam pemakanan kita =)

Contoh makanan yang kurang mengandungi Purine ialah :


SELAMAT MENJAGA KESIHATAN ANDA =)

Tuesday, February 15, 2011


untuk menyertai competition ini, sila Klik disini .. Followers yg ke- 300 =]

Monday, February 14, 2011

Gambaran Hari Kiamat

Buat peringatan to all of us .. semoga kita masing2 muhasabahkan diri kita selepas membaca entri kali ini, take ur time to read this entry .. =] sangat penting and tolong sebarkan yeee .. =] thank you .. here it is;;; 





✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ - Pemimpin yang adil.

ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Duit Shoping -_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...